Berita Harian

Artis popular jayakan Karnival Klxtravaga­nza

-

Program yang menyatukan selebriti, pemimpin dan masyarakat, Karnival Klxtravaga­nza Wangsa Walk, menyediaka­n pelbagai acara menarik untuk disertai orang ramai.

Julung kali dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), pelbagai pengisian diatur bermula jam 7 pagi hingga 11 malam di ruang letak kereta pusat beli-belah Wangsa Walk

Mall, Wangsa Maju, esok.

Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez, berkata aktiviti yang disusun menjadi inisiatif mereka dalam mendekatka­n masyarakat dengan pemimpin, selain selebriti tanah air.

“Antara selebriti yang akan turut sama dalam karnival ini ialah Sufian Suhaimi, Elly Mazlein, Amelina, Erra Fazira, Yazit Search, Rita Rudaini, Encik Mimpi dan ramai lagi.

Sarapan bersama pemimpin

“Program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan senamrobik dan zumba membabitka­n selebriti, pemimpin dan masyarakat. Selepas itu orang ramai boleh bersarapan bersama pemimpin yang dijangka dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Selain itu, acara lain yang akan berlangsun­g termasuk artis keceriaan (busker dan badut), kumpulan basikal selebriti, sukaneka selebriti, street soccer, gusti lengan, sukan rakyat, pertanding­an mewarna, pertanding­an memasak, pertanding­an gitar udara, karaoke dan uji bakat. Acara akan berakhir dengan konsert mini yang berlangsun­g jam 8.30 malam,” katanya pada sidang media di ibu kota, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelanconga­n dan Sukan, Anwar Mohd Zain.

Selebriti berniaga

Kata Freddie, golongan selebriti turut diberikan ruang menjalanka­n aktiviti perniagaan pada karnival berkenaan.

Malah program itu juga membabitka­n beberapa agensi bagi memberi kemudahan kepada masyarakat seperti pendaftara­n dan semakan daftar pemilih (Suruhanjay­a Pilihan Raya), serta pemeriksaa­n gigi (Kementeria­n Kesihatan).

Kata Anwar pula, pihaknya mensasarka­n 10,000 pengunjung akan hadir bermula awal pagi hingga lewat malam. Justeru, aspek keselamata­n turut diberikan perhatian.

“Apa saja program yang membabitka­n orang ramai, keselamata­n pengunjung harus diutamakan. Kami akan menempatka­n pihak keselamata­n membabitka­n RELA di persekitar­an kawasan acara berlangsun­g,” katanya.

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] ?? Freddie (dua dari kanan) dan Anwar (kanan) bersama Wakil Pengarah Kanan Bahagian Kesihatan Pergigian Kementeria­n Kesihatan, Dr Nurul Syakirin Abdul Shukor serta Wakil Khas Ahli Parlimen Setiawangs­a, Azhar Md Kasim pada sidang media Klxtravaga­nza Wangsa Walk.
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] Freddie (dua dari kanan) dan Anwar (kanan) bersama Wakil Pengarah Kanan Bahagian Kesihatan Pergigian Kementeria­n Kesihatan, Dr Nurul Syakirin Abdul Shukor serta Wakil Khas Ahli Parlimen Setiawangs­a, Azhar Md Kasim pada sidang media Klxtravaga­nza Wangsa Walk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia