Berita Harian

Serik menang anugerah?

-

Selepas memenangi anugerah pertama kira-kira tiga tahun lalu, pelakon, Hafreez Adam, berasakan segala tindak-tanduknya bagai diperhatik­an dan tidak kurang yang terus menjatuhka­n hukuman tanpa usul periksa.

Bukan bermakna dirinya serik untuk menaiki pentas menerima anugerah lagi, tetapi Hafreez atau nama penuhnya Hafreez Adam Aizat Zahalan, 27, mengambil pendekatan untuk tidak terlalu menonjol dengan kisah peribadi, sebaliknya lebih mengharapk­an kerjaya lakonannya yang diperkatak­an peminat dunia seni.

Katanya, kontrovers­i ‘jerawat batu’ yang menjadi tular, kira-kira setahun lalu, umpamanya memberikan pengajaran tersendiri. Hakikatnya, ia sekadar perkongsia­n beliau berkaitan tip keyakinan diri. Namun sesetengah pihak cepat melatah dengan hanya membaca tajuk, tanpa melihat kandungan sebenar bahan dikongsi.

Tertekan jika di tempat Fattah Amin

Rentetan insiden itu, Hafreez seakan-akan serik untuk menang lagi, yang seterusnya menjadikan beliau perhatian umum.

“Tidaklah, saya bukannya mahu menolak kejayaan dan pengiktira­fan yang diberikan, kalau pun ada. Cuma, selepas kemenangan lalu, saya macam serik nak menang lagi. Malah, pengalaman dilalui rakan seperjuang­an, Fattah Amin, selain perhatian yang diterimany­a menjadi contoh terbaik. Kalaulah saya di tempatnya, saya boleh jadi tertekan dengan segala kontrovers­i yang terjadi.

“Segala hal membabitka­n beliau menjadi perhatian. Memanglah menjadi adat apabila kita berada di depan, semuanya pasti jadi tumpuan. Ada saja kontrovers­i dan pelbagai spekulasi. Namun, semua itu juga harga yang perlu dibayar anak seni,“katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album dan minyak wangi, The Secret Randy Pangalila, baru-baru ini.

Tetap perlukan populariti

Sejak akhir-akhir ini, namanya memang dilihat bagaikan sedikit suram, walaupun pada dasarnya tawaran berlakon diterima tidak pernah putus.

Jelasnya, beliau bukanlah selesa dengan situasi seperti itu. Bahkan, dirinya tidak sesekali menolak populariti kerana faktor terbabit turut memainkan peranan besar dalam karier anak seni.

“Tiada istilah saya menolak populariti kerana andainya produksi atau pengarah tidak mengenali kita, macam mana hendak mendapat peluang berlakon? Cuma, sekarang ini saya rasa lebih seimbang. Tawaran kerja masih ada, begitupun saya tidaklah terlalu ke depan. Cukuplah sekiranya orang masih mengenali saya,” katanya.

Redakan keadaan dulu

Mengakui perjalanan seninya sedikit perlahan, namun beliau tidak ralat dengan keadaan sebegitu. Tegasnya, selepas kejadian tular berkenaan, beliau lebih suka untuk tidak terlalu menonjolka­n diri.

“Saya belajar mengalah dalam hal ini. Saya lebih mahu ke depan dalam soal kerja. Begitupun, kontrovers­i ‘jerawat batu’ itu tidaklah memberi kesan dan mengganggu perjalanan kerjaya saya pun.

“Saya dapat belajar, orang takkan lupa hal sebegitu selagi saya ada di depan. Jadi, lebih baik saya ke belakang. Saya ambil masa untuk meredakan hal sedemikian. Namun, kerja lakon tetap ada. Sepanjang tahun lalu saja saya terbabit dalam tiga drama dan telefilem, dengan kebanyakan­nya dijangka disiarkan tahun ini.

“Insya-allah jika ada rezeki, saya nak kembali habis-habisan di arena seni pada tahun ini. Jika ia membuahkan hasil, saya amat bersyukur dan jika sebaliknya berlaku, saya tetap reda,” katanya.

Bakal berlakon filem keempat

Bukanlah mahu mengejar kedudukan teratas, pemuda ini sebaliknya berpuas hati andai kelibatnya di kaca televisyen disedari.

Ketika ini, Hafreez sedang menjalani penggambar­an drama,

arahan Nizam Zakaria. Drama yang akan slot Akasia di TV3 itu menampilka­n Gambit Saifullah dan Elvina Muhamad sebagai teraju utama.

“Selepas itu, saya akan membintang­i drama kapsul 12 episod untuk Youtube, selain drama berjudul

bagi siaran saluran berbayar.

“Insya-allah, saya juga akan membintang­i filem keempat, Mia Tiara. Saya dimaklumka­n, filem terbabit mungkin turut dibintangi Amar Asyraf, Izzue Islam dan Fathia Latiff. Ia berkemungk­inan mula menjalani penggambar­an Mei depan,“katanya.

 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH ] ??
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia