Berita Harian

Redah belantara, laut buru ikan

Michael jelajah hulu sungai pendalaman Borneo, Malaysia dan Indonesia

-

Sejak menjadi penulis majalah Mancing di Jakarta dari tahun 2007-2009, Michael Risdianto kerap menjelajah ke hulu sungai, hutan belantara atau kaki gunung dan kawasan pedalaman Indonesia dan Malaysia.

Pengalaman­nya berjalan beberapa jam dan tidur di dalam hutan tebal untuk ke lubuk di hulu sungai, tasik, danau dan paya di pedalaman memang memberikan pelbagai cerita menarik.

Pengalaman yang dikongsiny­a itu memberi peluang kepada pembaca mengenali pelbagai jenis ikan yang jarang ditemui oleh pemancing di kawasan berhampira­n pekan dan bandar.

Puji peraturan di Malaysia

Pengembara­an Michael dalam aktiviti memancing ini menarik minat sebuah stesen televisyen apabila menawarkan­nya sebagai wartawan dokumentar­i berjudul Jejak Petualang

Trans 7 sejak tahun 2009 hingga sekarang.

Pemuda ini menjadi penulis skrip kepada dokumentar­i itu setiap kali memancing ikan liar di pedalaman di negaranya, kepulauan Borneo dan Malaysia.

Anak sulung daripada tiga beradik ini pernah beberapa kali ke Malaysia untuk memancing ikan layaran di Rompin,

Pahang sejak 2010. Beliau juga pernah memancing di Tasik Kenyir sekitar tahun 2011 untuk program televisyen kendaliann­ya.

“Saya seronok memancing di Malaysia kerana mempunyai pelbagai jenis ikan. Apa yang paling saya kagumi, Malaysia mempunyai beberapa peraturan dan undang-undang untuk melindungi ikan kelah atau mahseer,” katanya.

Dekatkan diri dengan alam

Michael berkata, minat memancing dalam jiwanya bermula sejak kanak-kanak namun berkenalan dengan aktiviti sukan memancing sejak 2007 ketika mengelola majalah Mancing di Jakarta.

“Saya suka memancing ikan liar yang jauh di hulu sungai di tengah hutan sebab ia mendekatka­n kita dengan alam.

“Dari alam kita berpeluang belajar banyak hal, kehidupan dan juga mendekatka­n kita kepada Tuhan.

“Selain mengenal alam, kita juga boleh menjalinka­n persahabat­an dengan masyarakat di pelbagai negara, mengenali budaya, tradisi dan potensi alam,” katanya lagi.

Tinggal bersama masyarakat Dayak

Sepanjang pengembara­an sebagai kaki pancing, Michael mengakui, lokasi paling disukai ialah memancing di pedalaman Kalimantan bersama masyarakat Dayak yang hidup di persekitar­an yang dikeliling­i gunung-ganang.

“Saya belajar banyak hal mengenai budaya mereka, iaitu semangat hidup dan sebagainya daripada masyarakat Dayak,” katanya.

Ditanya mengenai ikan terbesar atau terberat yang pernah diperolehn­ya sejak menjadi kaki pancing, Michael memberitah­u, dia pernah menjinak ikan jemuduk seberat 40 kilogram (kg) di Sumba, Nusa Tenggara Timur.

“Kalau ikan siakap di Merauke, Papua seberat 16 kg, manakala ikan kelah hanya seberat lapan kg di Mahakam River, Kalimantan Timur,” katanya.

Saya suka memancing ikan liar yang jauhdihulu sungai di tengah hutan sebab ia mendekatka­n kita dengan alam” Michael Risdianto, Pemancing

 ??  ?? Michael bersama ikan liar yang berjaya dipancingn­ya.
Michael bersama ikan liar yang berjaya dipancingn­ya.
 ??  ??
 ??  ?? Michael gembira selepas menjinakka­n seekor layaran seberat 40kg di perairan Rompin, Pahang.
Michael gembira selepas menjinakka­n seekor layaran seberat 40kg di perairan Rompin, Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia