Berita Harian

Trip buru toman empangan

Memancing sambil bersantai tetap beri kepuasan walaupun hasil tak banyak

-

Empangan Kuala Kubu Bharu (KKB) di Selangor, sudah dikenali sebagai lubuk pelbagai spesies ikan air tawar seperti toman, baung, belida, lampam, tilapia, sepat dan kaloi yang bersaiz agak besar dalam kalangan pemancing.

Umpan terbaik menjinakka­n semua jenis ikan dalam empangan itu ialah cengkerik, cacing, dedak dan anak keli.

Baru-baru ini, penulis menyertai sekumpulan pemancing dari Taman Medan, Petaling

Jaya memancing di situ dengan sasaran utama membawa pulang ikan sebarau, toman dan belida.

Trip memancing ikan air tawar sambil bersantai selama dua hari, satu malam menjadi kenangan paling manis kerana memberikan kelainan terutama dari segi suasana dan keseronoka­n.

Khemah ringkas

Pada jam 12.30 tengah hari, penulis bersama Abu Hassan Azuddin

(Pak Abu), Syaiful Azhar, Ayoup Ahmad, Rosmanizam Mansor dan Mohammad Ezhar, tiba di lokasi memancing di tepi Empangan Kuala Kubu Bharu.

Sejurus tiba, khemah didirikan dengan seringkasn­ya, sekadar empat batang buluh menjadi tiang asas dan kanvas sebagai lantai dan bumbung.

Ketika beberapa rakan sibuk menyiapkan peralatan memancing, penulis menyediaka­n tempat dan peralatan memasak.

Menyediaka­n tempat memasak makanan dan minuman adalah rutin penulis dalam setiap trip memancing.

Loceng penggera berbunyi

Penulis biasanya akan menyediaka­n makanan dan minuman sebelum malam.

Pada jam 3.30 petang, kumpulan kedua tiba terdiri daripada Ariff

Fadli dan Amran Azuddin yang turut membawa anak masing-masing, diikuti Mohd Hariri serta Syafirul Anuar.

Ketika sibuk memasak makan malam, tiba tiba kedengaran bunyi berkerinci­ng iaitu loceng penggera yang dipasang pada joran berumpan anak ikan keli milik Mohammad Ezhar

Dengan pantas Mohammad Ezhar menyentap joran miliknya dan ia kelihatan sudah melengkung.

Dari tebing yang agak tinggi, dia mula melayan tarikan hebat mangsa yang masih belum kelihatan, namun selepas tiga minit, kelibat seekor toman mula timbul dan akhirnya tewas dengan kekuatan mesin pancing berjenama Tomman.

Mohammad Ezhar berjaya menjinakka­n toman seberat 5.7 kilogram (kg) iaitu tangkapan terberat dalam trip itu, manakala rakan lain hanya memperoleh baung, kepar, ketutu, lampam yang masingmasi­ng seberat 500 gram.

Jumlah tangkapan tak banyak

Sesi memancing sebelah malam pula diteruskan selepas solat Maghrib hingga ke jam 4 pagi, namun jumlah ikan terlalu sedikit iaitu 15 ekor berbanding sebelumnya dan akhirnya mereka masing masing mengalah untuk tidur.

Keesokanny­a, semua ikan yang diperoleh termasuk toman, dimasak asam pedas untuk dijadikan lauk makan tengah hari.

Selesai memasak kira kira jam 11.30 pagi, penulis dan rakanberpi­ndah ke Sungai Cilling untuk mandi- manda dan makan tengah hari. Pada jam 3 petang semua anggota trip itu mula bergerak pulang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia