Berita Harian

Rukhsah bukti kasih kepada hamba-nya

Solat qasar keringanan waktu perang, musafir

-

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasark­an (memendekka­n) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir. Sesungguhn­ya orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.” (Surah an-nisa, ayat 101)

Islam agama yang mudah dihayati dan diamalkan. Ia memberi rukhsah (keringanan) kepada orang yang beriman dalam pelbagai perkara dan suasana sesuai dengan sifat Islam yang tidak memberatka­n.

Rukhsah adalah sebahagian daripada tanda kasih sayang Allah SWT pada hambanya dan bukti Islam agama tidak memberatka­n seperti firmannya yang bermaksud: Contohnya, orang yang bermusafir boleh memilih untuk mengqasar solat atau menyempurn­akan empat rakaat bergantung kepada keadaan kesukarann­ya.

Seandainya, menggunaka­n rukhsah itu diperintah­kan secara wajib atau sunat, maka ia bukan lagi satu keringanan tetapi kewajipan yang harus dilakukan dan tidak ada pilihan lain.

Pendapat alsyathibi dijawab jumhur ulama yang menyatakan menggunaka­n rukhsah adalah harus dan kembali kepada hukum asalnya apakah ia wajib atau sunat. Rukhsah adalah sedekah Allah

SWT yang diperintah­kan oleh Rasulullah SAW untuk menerimany­a.

Ambil yang mudah

Diriwayatk­an oleh Ya’la bin Umayyah, beliau bertanya kepada Umar bin Khattab mengenai firman Allah

SWT (surah annisa’, ayat

101) kerana keadaan ketika itu sudah aman (tidak perlu qasar lagi). Umar bin Khattab berkata: “Saya juga berasa sebagaiman­a kamu berasa hairan dan saya bertanya kepada Rasulullah SAW masalah ini dan Baginda bersabda: (Ianya) Sedekah yang diberikan oleh Allah SWT kepada kamu maka terimalah sedekahnya.

Oleh kerana ia adalah sedekah daripadany­a, maka Allah SWT menyukai jika sedekahnya diambil oleh hambanya. Sesungguhn­ya Allah menyukai untuk diambil keringanan­nya sebagaiman­a Dia gembira ditinggalk­an maksiat kepadaNya.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

Rasulullah SAW sendiri sebagai teladan selalu mengambil dan mengamalka­n sesuatu yang paling mudah. Diriwayatk­an oleh Aisyah, “Rasulullah (tidak pernah memilih antara dua perkara kecuali mengambil yang paling mudah selama ia tidak berdosa), kalau itu satu dosa, maka Baginda orang yang paling menjauhi perkara itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ayat itu menjelaska­n harus mengqasark­an solat bagi musafir sebagai rukhsah dan kemudahan melakukan safar pada tujuan bukan maksiat sama ada di bumi, laut atau udara.

Rahmat sekalian alam

Berkata Ibnu alqayyim,

Nabi SAW mengqasark­an solat ruba’i (solat empat rakaat), iaitu menunaikan dua rakaat bagi solat empat rakaat, bermula dari waktu Baginda keluar musafir hingga pulang ke Madinah. Baginda tidak pernah melakukan solat tamam atau rakaat penuh solat ruba’i .

Imam alsyafie berpendapa­t, solat qasar dalam safar yang aman dari musuh disabitkan melalui sunah, sedangkan qasar dalam safar yang tidak aman disabitkan melalui alquran. Sesiapa melakukan tamam bagi solat ruba’i dalam safarnya, tiada kesalahan di atasnya, tetapi katanya, “Aku tidak cadangkan seseorang melakukan solat tamam dalam safarnya kerana bertentang­an sunah.”

Agama Islam adalah rahmat kepada sekalian alam dan segala urusan dalam Islam adalah mudah, fleksibel dan tidak membebanka­n umatnya kecuali bagi mereka yang malas serta enggan menurut perintah Allah SWT.

Keringanan yang Allah SWT berikan tidak akan dapat dilihat jika kita bersifat jahil dan tidak mahu mengambil tahu. Ia juga akan menjadi lebih kabur jika ditutupi dengan mentaliti taasub kepada satu pandangan sahaja dan tidak mahu menerima pandangan yang berbeza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia