Berita Harian

Aktifkan akal, berfikir untuk kebaikan

-

mempunyai kedudukan dan peranan penting dalam memahami hakikat kehidupan hamba di muka bumi ini. Walaupun peranan akal sangat besar sehingga boleh memahami alquran dan alhadis serta mengambil kesimpulan hukum namun ia mempunyai batasan dihadkan oleh Islam.

Menumpulka­n kekuatan akal iaitu anugerah Allah SWT untuk dimanfaatk­an adalah satu kesalahan. Begitu juga menggunaka­n kekuatan akal secara melampau tanpa batasan adalah satu jenayah kerana memaksa akal memikirkan perkara di luar batas kemampuan.

Cara menggunaka­n akal berbeza antara orang beriman dengan orang kafir. Sepatutnya orang beriman berasa berdosa apabila tidak menggunaka­n akal sebaiknya, bukan seronok menggunaka­nnya untuk perkara tidak berfaedah kepada agama serta kehidupan.

Kedua, menggunaka­n akal dengan melangkau batas dibenarkan syarak seperti melebihkan akal daripada nas syarak. Sepatutnya akal digunakan untuk memahami nas dan membuat kesimpulan betul terhadap pengeluara­n hukum bukan membuat hukum dengan membelakan­gi nas.

Had agama

Bagi orang kafir, mereka tiada batasan agama dalam perkara menggunaka­n akal. Masalah utama sedang melanda umat Islam di seluruh dunia ialah tatkala orang Barat menggunaka­n sepenuhnya kekuatan akal, orang Islam pula sangat dingin menggunaka­n akal.

Sebaliknya, lebih suka meniru dan cepat teruja dengan menerima bulatbulat apa yang ditularkan dari Barat. Tidak ramai menggunaka­n kekuatan iman untuk menapis. Kalaupun mampu menapis, tidak ramai yang boleh menawarkan alternatif lain sebagai ganti.

Hasilnya, perkara yang mungkin sesuai di Barat cuba juga dipaksa pakai kepada umat Islam seperti perjuangan hak asasi Barat, hak untuk bertukar agama, kesamarata­an gender secara mutlak dan sebagainya. Perkara ini sangat menyedihka­n dan tidak sepatutnya berlaku kepada umat Islam.

Mukjizat yang masih kekal untuk umat Nabi Muhammad SAW adalah mukjizat aqliah (ilmu pengetahua­n) menerusi penurunan alquran yang hanya mampu difahami ayatnya, kehendakny­a, tuntutanny­a oleh orang yang cerdik dan mampu berfikir (ulul albab dan ului annuha).

Banyak membaca

Banyak cara untuk mengaktifk­an akal sama ada dengan merenung, menganalis­a dan sebagainya, namun, jambatan paling penting ialah banyak membaca. Namun, membaca sahaja tidak memadai kerana pemilihan bahan bacaan bermutu juga penting.

Lebihlebih lagi dengan adanya longgokan bahan bacaan yang tidak berfaedah untuk minda seorang Mukmin. Orang Mukmin sepatutnya memperbany­akkan membaca sumber utama ilmu iaitu alquran dan alhadis serta buku yang memberi manfaat.

Tinggalkan tabiat hanya membaca tajuk dengan tidak meneliti isi tulisan dan gopoh membuat ulasan. Setiap bahan bacaan mestilah disaring dengan iman yang benar, manakala maklumat diperoleh di media sosial hendaklah kita bertabayyu­n (memastikan kebenarann­ya) terlebih dahulu.

Biasakan berfikir sesuatu untuk kebaikan umat seperti yang dilakukan tokoh pemikir dahulu lebihlebih lagi di zaman umat Islam sangat lemah ketika ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia