Berita Harian

Ijtihad ikut realiti setempat

Budaya masyarakat boleh kekal selagi tidak bercanggah

-

Seorang tokoh sarjana Amerika Syarikat (AS) terkenal yang juga pengasas Kolej Pengajian Tinggi Zaytuna California, AS, Sheikh Hamzah Yusuf Hanson telah menyebut ajaran Islam harus difahami secara komprehens­if, bukannya picisan.

Beliau turut menegaskan, ajaran Islam mempertaha­nkan budaya setempat dan tidak memusnahka­nnya selagi mana budaya itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an syarahan penggulung­an dalam program

anjuran kerajaan melalui Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) dan Alnaqiy Solutions.

Radio IKIMFM bertindak sebagai radio rasmi program dua hari yang diadakan pada 4 hingga 5 Mac di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC). Program itu dihadiri 3,000 peserta daripada dalam dan luar negara dengan syarahan daripada 12 penceramah terkemuka dunia.

Ikut budaya setempat

Sheikh Hamzah berkata, ketika pendakwah dari Hadhramaut Yaman sampai ke Nusantara sekitar kurun ke12 Masihi untuk menyebarka­n ajaran Islam, mereka tidak pernah membawa budaya Yaman untuk diterapkan di Tanah Melayu.

Masjid di sini dibina mengikut suasana tempatan dengan mengambil kira cuaca dan iklim Nusantara tanpa dipengaruh­i seni bina Yaman. Ketika pendakwah Islam Syria masuk ke Andalusia (kini Sepanyol), masjid di sana tidak dibina seperti mana seni bina masjid di Syria, sebaliknya mengambil kira budaya masyarakat Andalu sia di mana masjid mereka seakan reka bentuk gereja.

Apabila Islam masuk ke China, perkara sama berlaku tanpa ada usaha daripada pendakwah untuk memusnahka­n budaya setempat dan menggantik­an dengan budaya Asia Barat atau Arab. Ketika Islam bertapak di Turki, seni bina Roman dikekalkan mengikut budaya masyarakat di situ.

Itulah indahnya Islam berbanding ajaran agama lain. Ada sesetengah bangsa yang apabila masuk dan menjajah negara lain, maka akan dimusnahka­n seluruh penduduk asalnya seperti yang pernah menimpa kaum Red Indian serta kaum asli di tempat lain.

Berbeza dengan ajaran Islam yang masuk ke Andalusia (Sepanyol), tiada sebuah gereja pun yang dimusnahka­n dan hakikat itu diakui sendiri sarjana Kristian Barat yang turut menyokong tiada bukti empirikal bahawa ada gereja dimusnahka­n oleh umat Islam.

Kekal ajaran

Semasa Islam masuk ke Mesir, penganut Kristian boleh terus beramal dengan ajaran mereka dan dikatakan hanya selepas 500 tahun Islam bertapak, barulah penganutny­a meningkat kepada 50 peratus daripada keseluruha­n penduduk Mesir.

Datuk Dr Afifi alakiti sebelum itu berkata, reka bentuk masjid di Asia Barat yang jarang menerima limpahan hujan yang dibangunka­n di sini kerap mengalami kebocoran pada bumbung kerana tidak sesuai dengan keadaan iklim tempatan.

Justeru, ajaran

Islam tidak pernah menganjurk­an supaya membuang budaya atau menghapusk­an amalan masyarakat setempat selagi mana amalan itu tidak bercanggah dengan prinsip dianjurkan Islam.

Sebab itu, kaedah dalam Usul alfiqh menyebut ‘alAdah Muhakkamah’ (adat yang baik boleh menjadi dasar menetapkan hukum). Ulama silam memahami faktor realiti setempat perlu diambil kira sebelum sesuatu hukum diputuskan. Ada sesetengah hukum memerlukan ijtihad ulama akan berubah berdasarka­n realiti tempat itu.

Jangan ikut orang

Beliau seterusnya memberikan analogi seorang yang menghidap penyakit asma di negara beriklim sejuk disebabkan kelembapan udara tidak sama ubatnya dengan mereka yang mengidap asma di negara beriklim panas disebabkan debu walaupun zahirnya mereka menghidap asma.

Doktor yang bijaksana tidak akan memberi ubat yang sama untuk penyakit yang seakanakan sama tetapi puncanya berlainan kerana hakikatnya punca dua penyakit itu berbeza.

Oleh itu katanya, tidak wajar bagi rakyat Malaysia mengambil fatwa daripada ulama Mesir atau Saudi yang tidak memahami dan mengerti realiti masyarakat dalam hal melanda negara ini.

Ini kerana mereka tidak memenuhi salah satu syarat iaitu memberi fatwa mestilah memahami realiti setempat. Ulama di Malaysia yang lebih mengerti keadaan dan realiti, maka lebih utama untuk memutuskan hukum yang sesuai dengan keadaan di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia