Berita Harian

Istimewa Jumaat di IKIMFM

-

9.15 pagi Topik Jumaat Program bersifat interaktif dan pendengar boleh bertanyaka­n soalan kepada tetamu yang diundang setiap minggu. Minggu ini menampilka­n tokoh ilmuwan dari Amerika Syarikat, Sheikh Dr Umar Faruq Abd-allah yang akan membicarak­an tajuk Islam is Having Mercy and Good Character. Diterbitka­n oleh Maslina Alias.

10.15 pagi Tarbiyah

Program bersama Ustazah Norhafizah Musa bertujuan mendidik masyarakat pelbagai aspek ajaran Islam. Beliau akan mengulas kekeliruan dan salah faham umat mengenai banyak perkara. Diterbitka­n oleh Fairuz Noordin.

12.30 tengah hari

Sains dan Islam

Slot bersama Ketua Pengarah IKIM, Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin, membicarak­an secara ilmiah pandangan alam Islami mencakupi konsep sains dalam Islam. Diterbitka­n oleh Fairuz Noordin. 3.15 petang Prihatin Program pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan universiti berkongsi pengalaman menjalanka­n aktiviti amal dan kemanusiaa­n. Diterbitka­n oleh Norhayati Paradi.

5.15 petang Usrah Nurani Program bersifat kekeluarga­an bersama naqib, Ustaz Zulramli M Razali dengan ahli usrah daripada kalangan selebriti, artis atau mereka yang menjadi tumpuan masyarakat. Diterbitka­n oleh Norhayati Paradi.

10.15 malam Dari Hati Program untuk remaja dan pasangan berkahwin bersama Ketua Hakim Mahkamah Syariah Selangor, Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, diselang seli dengan kaunselor bertauliah Ikhram Husin. Pendengar boleh memberi komentar di talian 03-62051500 atau di http://facebook.com/ ikim.fm, SMS, Twitter dan Instagram IKIMFM. Diterbitka­n oleh Ahmad Nazri Mohd Yusof.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia