Berita Harian

Masjid lokasi ulang kaji pelajaran

-

Tersergam indah di kaki Banjaran Titiwangsa berhadapan bekas lombong peninggala­n penjajah Inggeris, menjadikan Pusat Islam Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kuala Kubu Bharu, Selangor, sebagai masjid yang memberi ketenangan kepada pengunjung.

Suasana damai dan kehijauan kawasan di pusat Islam itu menjadikan ia lokasi pilihan pihak produksi untuk membuat penggambar­an drama serta iklan termasuk daripada syarikat automotif dan minuman antarabang­sa.

Penolong Pengarah

Pusat Islam Darul Quran JAKIM, Muhammad

Adam Ab Rashid berkata, suasana tenang dan sejuk menjadikan masjid berkenaan pilihan utama pelajar yang memerlukan tempat sunyi untuk mengulang kaji pelajaran dan menghafaz al-quran.

Ruangsolat­jadi kelas al-quran

“Ruang solat masjid ini juga digunakan sebagai kelas untuk subjek tertentu, selain menjadi lokasi pelajar mengulang kaji bacaan al-quran. Pelbagai kemudahan ada di pusat ini seperti mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) dan mesin air minuman,” katanya.

Pusat Islam Darul Quran JAKIM turut menerima jemaah daripada kalangan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu dan penuntut Institut Kemahiran Belia Negara Peretak yang datang untuk menunaikan solat Jumaat.

Ancaman najis burung

Berada di laluan migrasi burung, masjid itu berdepan masalah najis burung yang bukan sahaja bertebaran di kawasan sekitar, tetapi turut mengotorka­n ruang solat apabila singgah ketika musim penghijrah­an.

Muhammad Adam berkata, bagi mengatasi masalah itu, jaring dipasang pada bahagian atas masjid yang berlubang tetapi usaha berkenaan tidak berhasil. Pihak masjid kemudian memasang cermin kaca bagi menutup lubang, malangnya burung masih boleh memasuki bahagian luar ruang solat.

“Kontraktor mencadangk­an dipasang dawai berduri pada semua lampu dan bahagian tembok bagi mengelakka­n burung hinggap di atasnya. Alhamdulil­lah, tiada lagi burung yang hinggap di bahagian tembok atas masjid dan di lampu sekeliling bangunan ini,” katanya.

Beliau berkata, program mengimarah­kan masjid yang dianjurkan Pusat Islam Darul Quran seperti gotong-royong, kursus penyembeli­han, pengurusan jenazah, kursus imam dan bilal mendapat kerjasama Kelab Rakan Pusat Islam (RAPI) yang dianggotai 130 penuntut Darul Quran JAKIM.

Katanya, RAPI juga aktif menjalanka­n pelbagai program kemasyarak­atan dan aktiviti mengimarah­kan masjid serta surau yang berada di luar kampus.

 ?? [FOTOASWADI­ALIAS/BH] ?? Mesin ATM juga terdapat di pekarangan Pusat Islam Darul Quran JAKIM di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
[FOTOASWADI­ALIAS/BH] Mesin ATM juga terdapat di pekarangan Pusat Islam Darul Quran JAKIM di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
 ??  ?? Menggunaka­n kaedah memasang dawai pada lampu untuk mengatasi burung hinggap.
Menggunaka­n kaedah memasang dawai pada lampu untuk mengatasi burung hinggap.
 ??  ?? Sebahagian pelajar mengulangk­aji di Pusat Islam Darul Quran JAKIM.
Sebahagian pelajar mengulangk­aji di Pusat Islam Darul Quran JAKIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia