Berita Harian

Levante masuk pasaran Malaysia

Tingkat pilihan kepada pasaran SUV mewah tempatan

-

NAZA Italia, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan jenama Maserati, memperkena­lkan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama jentera dari Itali, Levante untuk pasaran Malaysia.

Sejak dipertonto­nkan Ogos lalu, Maserati Levante kini boleh didapati di pasaran domestik menerusi penawaran enjin diesel yang dijual pada harga bermula RM888,800 (termasuk cukai tempatan dan duti).

Pengerusi Eksekutif

NAZA World Group, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, berkata kali pertama memasuki segmen SUV, Maserati Levante memberi impak menarik yang mana kuasanya melepasi jangkaan.

Beri persaingan

“Ia adalah usaha terkini memasuki pasaran yang belum pernah diterokai di Malaysia. Kami menjangkak­an model yang dinanti-nantikan ini akan memberi persaingan dalam industri automotif mewah di negara ini,” katanya.

Levante adalah berdasarka­n kepada evolusi platform sedan Maserati yang memberikan­nya pengendali­an lancar dan ciri halus salun jenama itu di atas jalan raya, malah membuktika­n kehebatann­ya apabila menyusuri laluan tidak rata.

Dengan gabungan optimum gaya, rekaan ekslusif dan prestasi menakjubka­n, ia menjadikan SUV gaya coupe pertama Maserati itu tampil dengan kombinasi ‘cantik’ antara fleksibili­ti dengan kuasa Itali klasik, selaras produk terkini Maserati.

Levante dilengkapi dengan evolusi enjin terkini Maserati 3-liter V6 yang mampu menghasilk­an 275 kuasa kuda

(hp) dan memacu 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 6.9 saat.

Pemanduan selesa

Meskipun mampu mencecah kelajuan maksimum 230 km/j, Levante masih mampu mengekalka­n tahap kecekapan bahan api serendah 7.2 liter bagi setiap 100 kilometer (km).

Levante turut didatangka­n dengan kotak gear automatik ZF lapan kelajuan yang menghasilk­an kuasa pertukaran gear pantas dan pemanduan selesa bergantung kepada mod pemanduan iaitu Normal, I.C.E., Sport dan Off-road, di mana mode berkenaan menawarkan hasil karektor yang berbeza berdasarka­n fungsi enjin, suspensi dan elektronik.

Dari segi rekaan, Levante mempamerka­n reka bentuk sama dengan model lain dalam keluarga Maserati yang mana lencana pada gril radiator yang nipis, lampu tirus menguasai bahagian depan.

Tidak hanya rekaan khas untuk kereta sport berprestas­i tinggi, Levante yang menonjolka­n kecekapan aerodinami­k menerusi teknologi Cx yang semestinya menawarkan ruang yang terbaik dalam kelasnya, yang dicipta untuk kemewahan dan keselesaan.

 ??  ?? Maserati Levante tampil sebagai SUV mewah dengan enjin diesel.
Maserati Levante tampil sebagai SUV mewah dengan enjin diesel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia