Berita Harian

City baharu diiktiraf Kenderaan Cekap Tenaga

Dilengkapi sistem kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin

-

Kemunculan model Honda City di negara ini sejak 2003, menjadi pencetus kepada kebangkita­n hebat jenama Honda sehingga membolehka­n ia muncul peneraju segmen kereta bukan nasional tempatan tahun lalu.

Minggu lalu, Honda Malaysia meneruskan momentum itu dengan meningkatk­an penanda aras pasaran automotif tempatan apabila memperkena­lkan City baharu yang menjadi peneraju sedan segmen-b di negara ini.

Honda Malaysia mengumumka­n tiada peningkata­n harga bagi model City 2017.

Ditawarkan pada harga atas jalan - RM78,300 bagi varian S (yang dipertingk­atkan dari varian S+ pada model terdahulu dan harganya dikurangka­n sebanyak RM1,000), varian E RM84,600 dan RM92,000 untuk model spesifikas­i tertinggi, V.

Semua varian City 2017 turut menerima penarafan lima bintang bagi Perlindung­an Penumpang Dewasa (AOP) dan empat-bintang untuk Perlindung­an penumpang Kanak-kanak (COP) daripada ASEAN NCAP.

Kenderaan cekap tenaga(eev)

Tiada perubahan mekanikal ditampilka­n yang mana City masih dijana enjin 1.5L SOHC I-VTEC empatsilin­der berkuasa 120 PS pada takat 6,600 rpm dan tork maksimum 145 Nm pada takat 4,600 rpm yang digandingk­an dengan sistem transmisi CVT.

City 2017 turut diiktiraf sebagai Kenderaan

Cekap Tenaga (EEV), dan Honda mendakwa, ia menawarkan penjimatan bahan api luar biasa dengan anggaran 5.7 liter bagi setiap 100 kilometer.

Ruang dalaman City baharu dibangunka­n di bawah prinsip reka bentuk Honda iaitu Max Maximum, Machine Minimum,

yang memaksimum­kan ruang untuk pemandu, penumpang dan kargo.

City generasi keempat adalah satu contoh keselesaan terbaik yang mampu menyaingi sehingga model segmen-d. Ruang kargo

536 liter bukan saja lebih besar daripada model segmen-c, malah setanding dengan sedan segmen-d.

Dari segi praktikal, tempat duduk belakang City baharu boleh dilipat pada konfiguras­i 60:40 untuk menawarkan kemudahan kepada pemilik dalam apa juga keadaan, seterusnya membuatkan City seperti sedan yang memiliki utiliti sebuah hatchback.

City generasi keempat ini menetapkan penanda aras dari segi keluasan

menerusi “ruang segmen-d pada saiz segmen-b”.

Bagi mengukuhka­n lagi kedudukan City sebagai peneraju dalam segmennya dari segi keselamata­n, Honda Malaysia memperkena­lkan Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) sebagai ciri keselamata­n standard bagi semua varian.

Enambeguda­ra

Bukan itu saja, Sistem Kemadengan sukan Pintar Butang Penghidup Enjin, Lampu Pencahayaa­n Siang (DRL) LED, Cermin Sisi Boleh Lipat Automatik dan Rim Aloi Dua Ton juga menjadi ciri stansemua dard pada varian.

Untuk varian spesifikas­i paling tinggi V, pelbagai ciri bernilai tambah seperti Lampu Depan LED dengan LED DRL, Lampu Kabus Hadapan LED, Lampu Belakang LED dan Spoiler

Ducktail bersama Lampu Brek LED disertakan.

Varian ini juga didadengan tangkan tempat uduk kulit dan lapan unit ar suara untuk

n pengalaman di dalam sebuah e an premium.

Pedal penukar gear dan kawalan jelajah atau “cruise control” meningkatk­an lagi kenikmatan pemanduan untuk pemilik City, manakala kamera undur pelbagai sudut memberi lebih keselesaan kepada pemandunya.

Enam beg udara pula dapat memberikan ketenangan ketika memandu.

Secara keseluruha­n, pemilik City baharu dapat menikmati pelbagai ciri segmen-c di dalam kenderaan segmen-b mereka.

Semua ciri baharu ini adalah tambahan kepada aspek keselamata­n, keluasan dan fungsi luar biasa yang terdapat pada

City generasi keempat.

City baharu didatangka­n dengan banyak penambahba­ikan dan ciri standard canggih yang ditawarkan pada ketiga-tiga varian iaitu S, E dan V. Varian S adalah naik taraf kepada varian S+ sebelum ini.

Bagi memberikan sentuhan lebih sporty dan individu, Honda Malaysia menawarkan Pakej Aksesori Tulen Honda untuk City baharu pada harga bermula RM820.

Jaminan lima tahun

Jaminan untuk City baharu dikekalkan lima tahun dengan perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000 kilometer boleh dibuat di mana-mana 88 pengedar Honda di seluruh negara.

Honda Malaysia juga akan memberi ganjaran kepada pelanggan, terutama pemilik City baharu menerusi promosi jualan, servis dan alat ganti (3S, mereka boleh menikmati servis alat ganti serta buruh percuma selama dua tahun.

Promosi 3S juga layak untuk semua kenderaan baharu Honda yang didaftarka­n menerusi 88 pengedar sah Honda mulai 1 Mac hingga 30 April 2017.

City baharu didatangka­n dalam lima warna iaitu perak (Lunar Silver Metallic), merah (Dark Ruby Red Pearl), putih (Tafetta

White), kelabu (Modern

Steel Metallic) dan hitam (Crystal Black Pearl).

 ??  ?? City baharu ditawarkan dengan tiga varian.
City baharu ditawarkan dengan tiga varian.
 ??  ?? Ruang dalaman yang elegan dan selesa. Bahagian belakang yang menawan.
Ruang dalaman yang elegan dan selesa. Bahagian belakang yang menawan.
 ??  ??
 ??  ?? Dilengkapi ciri dan peralatan terkini.
Dilengkapi ciri dan peralatan terkini.
 ??  ?? Ruang kargo lebih luas
Ruang kargo lebih luas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia