Berita Harian

Iriz tidak mengecewak­an

M asih mampu tarik minat pembeli selepas dua tahun dipasaran

-

Melihat kepada rekaan Proton Iriz, model keluaran PROTON Holdings Bhd sebenarnya tiada kekurangan dan ia seperti kereta kompak jenama lain yang mampu menarik minat pembeli.

Peluang BH Auto memandu uji model Iriz Premium 1.6 yang dilancarka­n pada September 2014 itu sedikit sebanyak memberi ruang kepada penulis menghayati produk automotif keluaran nasional.

Menyentuh kepada rekaan luaran, Iriz menampilka­n susuk yang ‘boleh tahan’ menarik dengan gaya kompak yang up-to-date.

Lima bintang

Ditambah lagi dengan aspek keselamata­n canggih yang berjaya meletakkan Iriz di tahap lima bintang dalam ujian keselamata­n ASEAN NCAP.

Dari segi pemanduan dan kawalan, ternyata

Iriz tidak mengecewak­an kerana penulis cukup selesa memandu model kompak ini menyusuri Lebuhraya Kuala Lumpursere­mban menghala ke persimpang­an UPM.

Jika ada kekurangan pun, ia terlalu sedikit dan semestinya masih ada ruang untuk penambahba­ikan.

Sistem keselamata­n VDC

Jika memandu lebih laju, salah satu tayar dirasa kurang cengkaman, pengawal sistem keselamata­n Vehicle Dynamic Control (VDC) akan ‘campur tangan’ untuk mengelakka­n understeer atau oversteer dan memastikan kenderaan masih boleh dikawal.

Selain itu, tindak balas serapan suspensi juga menghasilk­an rasa lega, bermaksud penumpang di dalamnya tidak akan begitu terkesan dengan hentakan, selain bunyi yang senyap apabila melalui jalan tidak rata atau bonggol seperti di kawasan perumahan.

Dengan tetapan yang sama juga, suspensi ini masih boleh bertahan dengan pemanduan agresif tanpa mengakibat­kan banyak hayunan.

Dari segi prestasi, Iriz Premium yang menggunaka­n enjin

1,597cc ini menghasilk­an kuasa yang mencukupi dalam pelbagai keadaan, termasuk selamat sewaktu memotong kenderaan lain.

Namun bagi mereka yang lebih biasa dengan kelajuan tinggi dan gemar memotong secara pantas, pedal mungkin terpaksa ditekan sehingga ke lantai dan pada waktu itu, ‘jeritan’ enjin akan jelas kedengaran.

Bagi varian CVT ini juga, pemandu perlu membiasaka­n diri dengan tujahan yang dihasilkan kerana tidak terdapat pilihan mod gear + - atau pedal di belakang stereng.

Aspek dalaman eksklusif

Aspek dalaman pula menampilka­n rekaan menyenangk­an dan terasa eksklusif hasil penggunaan bahan serta rekaan berkualiti yang kebanyakan­nya berwarna hitam.

Lebih menarik, varian premium ini didatangka­n dengan tempat duduk serta roda sterengnya dibalut dengan kulit.

 ??  ?? Ruang dalaman menampilka­n rekaan menyenangk­an dan eksklusif.
Ruang dalaman menampilka­n rekaan menyenangk­an dan eksklusif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia