Berita Harian

Elegan 250 lebih besar, menarik

-

Berbicara mengenai motosikal untuk tunggangan di kawasan bandar, maka model skuter dengan transmisi automatik (AT) pasti menjadi topik utama. Meredah laluan sesak dan lebuh raya setiap hari untuk pergi dan balik dari tempat kerja, membuat kita memerlukan sebuah skuter yang berkuasa dan selesa.

Setelah sekian lama berdiam diri, Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) pada akhir tahun lalu kembali dengan menampilka­n dua model skuter baharu Modenas Elegan 250 dan Karisma 125, berserta Kymco Downtown 250i sempena pelantikan­nya sebagai pengedar rasmi jenama skuter terkemuka Taiwan Kymco.

BH Auto berpeluang menunggang uji Elegan

250 pada minggu lalu, iaitu model gantian Elegan 200 yang dilancarka­n pada 2010.

Jika sebelum ini,

Modenas membangunk­an Elegan dengan kerjasama SYM, namun untuk model terkini, ia menjalin pakatan dengan Kymco.

Berbaloi untuk dibeli

Susulan itu, kebanyakan peminat skuter mengharapk­an Elegan 250, yang ditawarkan pada harga RM13,599 termasuk GST, menjadi model yang berbaloi untuk dibeli memandangk­an spesifikas­inya hampir sama Kymco Downtown 250i yang berharga RM22,790 seunit. Perbezaan ketara antara keduaduany­a adalah dari segi rupa bentuk dan sistem brek cegah kunci (ABS). Malah jika dibanding dengan Kawasaki J300 2016 yang berharga RM31,500, ternyata Elegan 250 lebih mampu dimiliki.

Dari segi penampilan, Elegan 250 tampak lebih besar, saiznya hampir menyamai skuter Maxi iaitu yang berkapasit­i lebih 500cc. Lebih terperinci adalah ia 2,235 milimeter (mm) panjang; 810 mm lebar; 1,375 mm tinggi; 1,540 mm jarak roda dan 135 mm jarak ke tanah (tanpa beban).

Menarik perhatian pada skuter ini adalah sistem kawalan brek empat peringkat, papan pemuka atau paparan meter LCD dan lampu belakang LED yang terang.

Dari segi tunggangan saiz dan tempat duduk Elegan 250 yang besar memberi keselesaan kepada penunggang dan pembonceng. Selain daripada menyediaka­n ruang barangan yang sangat luas di bahagian bawah tempat duduk. Dua topi keledar boleh dimuatkan pada satu masa.

Enjin berkuasa

Dari segi prestasi enjin, skuter ini menggunaka­n enjin suntikan minyak, dengan kapasiti 249.1 cc empat lejang, dua injap SOHC penyejukan cecair yang menjana kuasa 22.1 hp pada 7,000 rpm dan 22.4 Nm pada 6,500 rpm.

Ia bergerak harmoni dengan sistem transmisi CVT dengan nisbah mampatan 10.8:1. Kapasiti tangki minyaknya pula ialah 12.5 liter.

Penulis mencuba untuk perjalanan sederhana jauh iaitu Kuala Lumpur Ipoh menerusi lebuh raya PLUS. Kelajuan maksimum Elegan 250 adalah 140 kilometer sejam (km/j). Selain kegunaan di bandar, BH

Auto berpendapa­t, model ini juga sesuai dan selesa untuk perjalanan jauh.

Kesimpulan­nya, pada harga RM13,599 termasuk GST , Elegan 250 menyediaka­n pakej yang sangat menarik dan berbaloi jika dibandingk­an dalam produk sama dalam kelasnya.

 ?? [ FOTO HAFIZ SOHAIMI / BH ] ??
[ FOTO HAFIZ SOHAIMI / BH ]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Ruang penyimpana­n yang besar.
Ruang penyimpana­n yang besar.
 ??  ?? Paparan meter LCD.
Paparan meter LCD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia