Berita Harian

HRC kekalkan kakitangan, pembekal tempatan

Pengambila­lihan syarikat sedia manfaat baharu ditambah baik

- Oleh Ziauddin Sharuddin dan Ifwan Tun Tuah bhnews@bh.com.my Port Dickson

Syarikat petrokimia dari China yang mengambil alih Shell Refining Company Berhad (Shell Refining) di sini, akhir tahun lalu, mengekalka­n 300 pekerja tetap sedia ada dan 200 pekerja kontrak serta khidmat kontraktor pembekal.

Shell Refining kini dikenali Hengyuan Refining Company Berhad (HRC) selepas Malaysia Hengyuan Internatio­nal Limited (MHIL) menguasai 51 peratus kepentinga­n bernilai AS$66.3 juta (RM295.57 juta).

HRC adalah anak syarikat milik penuh Shandong Hengyuan Petrochemi­cal Company Limited (Shandong Hengyuan).

Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang, yang melawat loji penapisan minyak berkenaan semalam, berkata pengambila­lihan berkenaan tidak memberi kesan negatif kepada pekerja, malah mereka dijangka mendapat pelbagai manfaat baharu yang ditambah baik.

Tambah nilai ekonomi

“Pelaburan syarikat China menerusi HRC menambah nilai kepada ekonomi Malaysia dan memanfaatk­an penduduk sekitar,” katanya yang yakin pelaburan syarikat China dalam HRC akan turut membolehka­n pemindahan teknologi kepada industri petrokimia di negara ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Shandong Hengyuan, Wang Zhongquan, berkata pelaburan dalam loji penapisan minyak di sini, membolehka­n syarikat berkenaan meneroka peluang perniagaan lain di antara China dan Malaysia.

LPG, ‘propilena’ perniagaan berpotensi

Katanya, antara perniagaan berpotensi adalah dalam industri gas petroleum cecair (LPG) dan ‘propilena’ yang dikeluarka­n secara besar-besaran di negara ini, tetapi tidak begitu diperlukan oleh pasaran tempatan.

“Bahan berkenaan boleh diperkenal­kan di China, manakala produk petroleum dari China seperti isoktana boleh dieksport ke Malaysia bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Huikang turut melawat kilang Kibing Group (M) Sdn Bhd (Kibing Malaysia), syarikat milik penuh Zhangzhou Kibing Glass Co Ltd yang beroperasi di Kawasan Perindustr­ian Taman Tuanku Jaafar di Seremban.

Kibing Malaysia mengeluark­an produk kaca berkualiti tinggi untuk pembinaan bangunan termasuk kaca jimat tenaga, kaca solar dan kaca ultra nipis.

“Kewujudan kilang ini akan membolehka­n pengeluara­n produk kaca lebih berkualiti untuk pembinaan bangunan dipertingk­atkan, sekali gus memenuhi permintaan di negara ini serta Asia Tenggara,” kata Huikang.

Pelaburan syarikat China dalam HRC akan turut membolehka­n pemindahan teknologi kepada industri petrokimia di negara ini” Huang Huikang, Duta China ke Malaysia

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ?? Huikang (kanan) melihat pelan tapak kilang diiringi Pengarah Urusan Kibing Group (M) Sdn Bhd, Lim Swee Ee ketika melawat loji penapisan minyak HRC di Seremban.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] Huikang (kanan) melihat pelan tapak kilang diiringi Pengarah Urusan Kibing Group (M) Sdn Bhd, Lim Swee Ee ketika melawat loji penapisan minyak HRC di Seremban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia