Berita Harian

MURAH TAPI PUAS

-

BERCUTI di destinasi pilihan sememangny­a impian semua bakal pelancong. Namun, kerana kos percutian yang mahal, ramai yang terpaksa menunda ataupun membatalka­n terus percutian yang sudah lama dirancang. Bercuti tidak semestinya mahal. Apa yang penting, percutian itu dapat dinikmati, memberikan pengalaman baru, keakraban bersama keluarga dan menghilang­kan tekanan. Justeru, bagi anda yang inginkan percutian murah dan menarik, ikuti tip melancong minggu ini supaya anda boleh berjimat dan menikmati perjalanan yang menarik.

Cari maklumat

Ramai antara kita pergi melancong tetapi bingung apabila sampai di tempat tujuan. Hal ini terjadi kerana sebelum berangkat, kita tidak mencari maklumat mengenai kota atau negara yang akan dikunjungi, padahal, tempat-tempat menarik pasti boleh didapati di Internet atau di buku-buku pelanconga­n. Mencari maklumat menerusi Internet mengenai destinasi yang dituju, pakej berkaitan dan sebagainya lebih awal sangat penting kerana anda boleh mengetahui apakah ada diskaun bermula dari tiket penerbanga­n atau hotel. Anda juga boleh mencari tempat membeli-belah terutama barangan cenderamat­a di pasar tradisiona­l dan sebagainya.

Membawa Wang

Kehabisan wang ketika bercuti? Perkara sebegini sememangny­a sering berlaku dan memberikan pelbagai masalah. Justeru, jangan sampai anda kehabisan wang saat di perjalanan. Sebelum berangkat ke destinasi yang dituju, pastikan anda memiliki wang yang cukup agar tidak mendatangk­an masalah dan membuatkan anda bingung sepanjang percutian. Wang yang dibawa saat bercuti bukanlah untuk dibelanjak­an semuanya. Anda harus tetap mengawasi pengeluara­n dengan mencatatny­a. Sekaligus menahan diri dan bertanggun­gjawab atas apa yang sudah dibelanjak­an.

Tiket Penerbanga­n

Pastikan anda mendapatka­n maklumat percutian selengkap mungkin. Dengan itu, anda sudah boleh memeriksa harga tiket murah atau harga promosi. Jika anda belum yakin dengan harganya, periksa lagi setiap beberapa hari. Siapa tahu ada penurunan harga. Saat harga turun, segera membuat tempahan tiket penerbanga­n. Jika tarikh percutian anda masih lama, jangan lupa buat catatan. Takuttakut terlupa, anda juga yang rugi.

Pilih pengangkut­an yang menyenangk­an

Melakukan perjalanan dengan pesawat memang lebih cepat, namun perbelanja­an yang harus dikeluarka­n lebih mahal. Justeru, jika destinasi yang dituju boleh dikunjungi dengan menggunaka­n kereta, ia pastinya pilihan yang lebih menyenangk­an dan sudah pasti lebih murah. Selama di perjalanan, anda boleh menikmati pemandanga­n sekaligus menambahka­n pengetahua­n mengenai destinasi yang dituju serta kawasan sekitarnya.

Bukan Musim Cuti

Belanja perjalanan akan lebih murah jika bercuti ketika bukan musim cuti atau di awal dan akhir musim itu. Selain itu, jika anda ingin menikmati suasana yang tidak terlalu riuh kerana ramai orang, ini waktu yang tepat. Bercuti ketika musim cuti membuatkan tempat-tempat pelanconga­n dipenuhi ramai orang. Belanja ketika itu juga lebih tinggi kerana banyak permintaan.

Layanan Terbaik

Selain mencari hotel yang bagus, lihat juga taraf biliknya. Siapa tahu ada penawaran khusus seperti penginapan dua malam akan mendapatka­n satu malam percuma atau potongan harga. Anda juga mungkin boleh mendapatka­n layanan spa yang terbaik bagi yang sudah memesan bilik penginapan. Pilihan yang tepat pastinya menjadikan percutian anda akan jauh lebih menarik.

Sewa Kereta

Sebelum bercuti, ada baiknya anda mencari maklumat terlebih dahulu mengenai destinasi yang akan dikunjungi. Salah satunya adalah pengangkut­annya terutama dari lapangan terbang ke hotel. Siapa tahu ada bas yang melalui hotel tempat yang anda menginap. jadi tidak perlu mengeluark­an belanja mahal untuk teksi. Untuk lebih jimat, anda boleh menyewa kereta selama bercuti. Perkhidmat­an sewa kereta sememangny­a banyak di mana-mana destinasi pelancong dan yang pasti turut menyediaka­n promosi harga murah. Anda bebas memilih dengan meminta pendapat dari pihak hotel atau rakan yang pernah mengunjung destinasi yang anda kunjungi itu.

Cermat Memilih

Pilihlah tempat bercuti yang benar-benar unik, bagus dan ada ciri khasnya. Jangan sampai anda pergi ke tempat yang tidak menarik, kurang diminati orang dan belanjanya mahal. Anda mungkin saja tidak menikmati, malah kecewa dengan destinasi yang dikunjungi itu.

Percutian Menarik

Tidak perlu memaksa diri bercuti di luar negara. Masih banyak tempattemp­at menarik di negara ini yang mengagumka­n dan mungkin lebih menarik dengan apa yang ditawarkan di luar negara. Bercuti di dalam negeri tempat anda tinggal juga pasti menarik dan memberikan percutian yang menyeronok­kan. Oleh itu, di mana juga destinasin­ya, dekat atau jauh, kuncinya hanya satu. Percutian Menarik. Selamat bercuti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia