Berita Harian

Dr Vida bayar RM4.2 juta selesai 16 kes tuntutan GST

-

Jutawan kosmetik yang juga pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman semalam membayar RM4.2 juta untuk menyelesai­kan 16 kes tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Berikutan itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memohon kepada Mahkamah Sesyen untuk menarik balik 16 tuduhan gagal membayar cukai terbabit bagi tempoh 1 April 2015 hingga 31 Julai 2016 dihadapi Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida.

Ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding, beliau yang meluahkan rasa lega dan bersyukur kerana kes berkenaan sudah selesai, berseloroh kini sudah boleh melancong selepas pasport antarabang­sanya dikembalik­an semula oleh mahkamah.

“Alhamdulil­lah, bersyukur sudah bebas. Ini ujian serta rahmat kepada saya, anjakan untuk saya pergi lebih jauh. Ini juga satu anugerah dan berkat doa semua, berkat perniagaan yang saya usahakan bermula kecilkecil­an sampai besar,” katanya.

Hasmiza yang memiliki produk kesihatan Pamoga serta produk kecantikan Qu Puteh, didakwa mengikut Seksyen 41(7) Akta GST, melakukan kesalahan itu di pejabat JKDM, Bahagian GST, Wisma Kastam, Jalan Tun Abdul Razak, di sini.

Kelihatan ceria

Jutawan itu yang dikerumuni jurugambar dan wartawan sebaik melangkah keluar dari mahkamah, kelihatan ceria dan sempat menyanyika­n lagu Perawan atau Janda serta Makhluk Tuhan Paling Seksi.

Beliau yang diwakili peguam, Syed Ahmad Syed Abbas juga tidak putus-putus menerima ucapan tahniah daripada orang ramai yang berada di luar mahkamah, malah sempat melayan permintaan untuk bergambar bersama.

Yang terdahulu, Hakim Murtazadi Amran membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya JKDM, Datuk Raja Rozela Raja Toran untuk menarik balik semua 16 pertuduhan berkenaan, selain mengarahka­n pasport antarabang­sa jutawan itu dikembalik­an.

 ?? [FOTO MUHAMAD APENDY ISSAHAK/BH] ?? Dr Vida ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam.
[FOTO MUHAMAD APENDY ISSAHAK/BH] Dr Vida ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia