Berita Harian

SKANDAL RASUAH HARTANAH JOHOR

Datuk Abdul Latiff Bandi direman tujuh hari bantu siasatan

- Oleh Zuraidah Mohamed, S Anand Kumar dan Mohd Fahmi Mohd Yusuf

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abdul Latiff Bandi, direman tujuh hari mulai semalam, untuk membantu siasatan berhubung skandal rasuah hartanah di Johor.

Perintah reman terhadap Abdul Latif dikeluarka­n oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Nur Sulehan Abd Rahman, selepas meluluskan permohonan dikemukaka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau di Mersing, ditahan kira-kira jam 10.50 pagi kelmarin, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor, dekat sini.

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, susulan tangkapan yang dibuat, agensi itu menyita wang tunai RM41,000; sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan 150 beg tangan pelbagai jenama hasil penggeleda­han terhadap sebuah kediaman di sini.

Abdul Latiff bercuti daripada portfolion­ya sejak 1 Mac lalu, susulan siasatan terhadap skandal rasuah hartanah di Johor, yang sebelum ini menyaksika­n anak dan pegawai khas beliau antara empat ditahan oleh SPRM.

Beliau yang diiringi pegawai SPRM, tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 9.11 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda milik agensi itu.

Bagaimanap­un, Abdul Latiff hanya dibawa turun pada jam 10.12 pagi, selepas hampir sejam berada di kawasan letak kenderaan kompleks mahkamah terbabit. Beberapa individu dipercayai ahli keluarga dan penyokong Abdul Latiff, turut berada di mahkamah sejak jam 7 pagi.

Mereka turut membacakan doa selamat di luar mahkamah ketika Abdul Latiff dibawa masuk ke Bilik Reman. Abdul Latiff dibawa keluar dan meninggalk­an kompleks mahkamah pada jam 11.20 pagi.

Kerajaan negeri beri kerjasama penuh

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dalam satu kenyataan, berkata kerajaan negeri memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang menjalanka­n siasatan susulan tangkapan terbabit.

Beliau berkata, kerajaan negeri berpendiri­an adalah penting dan kritikal untuk pihak berkuasa dan proses penguatkua­saan undangunda­ng berjalan lancar dan bebas.

Katanya, menjadi ikrar dan komitmen kerajaan Johor untuk memastikan pembanguna­n dan pentadbira­n negeri ini bebas daripada sebarang masalah penyelewen­gan dan rasuah.

“Saya menyeru seluruh anggota kerajaan, kakitangan serta masyarakat awam untuk bersama-sama memberikan kerjasama serta tidak melihat isu ini secara terburu-buru dan emosi.

“Sebaliknya, marilah kita memfokuska­n kepada tugas dan memberikan yang terbaik dalam memastikan pengurusan kerajaan negeri tidak terganggu,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, pihaknya berharap keadilan dan kebenaran akan dicapai oleh semua pihak berhubung kes itu.

 ??  ??
 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Abdul Latiff tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Abdul Latiff tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia