Berita Harian

Elak diserbu peminat

Keluarga ambil pengawal pasti keselamata­n penyanyi lagu Sedalam Dalam Rindu

- Oleh Hidayah Mohammad

Phid_mohd@bh.com.my

enerimaan drastik peminat terhadap single pertamanya, Sedalam

Dalam Rindu yang meraih lebih 14 juta tontonan di laman Youtube sejak diperkenal­kan lima bulan lalu memberi kejutan kepada penyanyi muda, Tajul Arif.

Adik kepada vokalis kumpulan Spin, Allahyarha­m Achik itu juga tidak menyangka, lagu itu memberi impak luar biasa terhadap kemunculan­nya hingga terpaksa ditemani dua pengawal peribadi sejak sebulan lalu.

Tajul atau nama sebenarnya, Tajul Arif Noor Md Shari, 18, berkata semuanya bermula ketika membuat persembaha­n di sebuah karnival, baru-baru ini. Mengakui terlalu teruja kerana berpeluang bertemu peminat, Tajul sengaja turun dari pentas untuk menyanyi bersama pengunjung.

Tanpa disangka, keadaan menjadi tidak terkawal apabila Tajul diserbu dan ditarik peminat membuatnya kaget kerana tidak pernah berdepan situasi seperti itu.

“Kebetulan depan pentas tidak diletakkan penghadang, jadi peminat mula menyerbu dan menarik saya untuk

bergambar. Tidak kurang ada yang bertindak berani dengan memeluk. Keadaan ketika itu sukar dikawal, ditambah pula dengan saiz tubuh saya yang kecil,” katanya.

Rentetan kejadian itu, ahli keluarga Tajul terutama kakak dan abang iparnya yang bimbang keselamata­nnya mengambil keputusan mengupah dua pengawal peribadi untuk menemaniny­a ke mana saja pergi.

“Pengawal peribadi ini akan menemani saya bukan saja ketika menghadiri majlis dan membuat persembaha­n, malah ke pusat belibelah. Kalau tidak berdua, seorang daripada mereka pasti akan bersama. Saya akui ketika keluar bersendiri­an, ada saja mata yang memandang,” katanya. Dulu nasyid, kini pop rock Sebelum tampil dengan single itu, Tajul pernah menganggot­ai kumpulan nasyid kontempora­ri, Akhdan, sejak berusia 12 tahun lagi. Bagaimanap­un, anak muda bervokal lantang itu beralih angin dengan memilih pop rock kerana mahu meneruskan legasi arwah abangnya, Achik atau nama sebenar, Abdillah Murad yang meninggal dunia, tujuh tahun lalu.

Menceritak­an pengalaman apabila single sulungnya itu menerima 260,000 tontonan kurang 24 jam selepas dimuat naik ke laman sosial popular, Tajul mengakui, berdepan kejutan luar biasa. Tajul juga bagaikan tidak percaya apabila jumlah tontonan mencapai lima juta dalam masa lima hari. Pengawal peribadi ini akan menemani saya bukan saja ketika menghadiri majlis dan membuat persembaha­n, malah ke pusat beli-belah. Kalau tidak berdua, seorang daripada mereka pasti akan bersama. Saya akui ketika keluar bersendiri­an, ada saja mata yang memandang

“Saya akui sukar mencipta nama ketika berada dalam kumpulan nasyid. Tetapi dengan single ciptaan komposer, Alam, manakala lirik pula gabungan idea Bazil dan Iwan, Alhamdulil­lah, sambutanny­a luar biasa sekali.

“Saya meraih populariti mendadak hingga jadual harian saya padat. Dalam sebulan, saya hanya dapat berehat antara empat hingga lima hari dan ada ketika, saya tidak sempat melelapkan mata,” katanya.

Tajul yang masih di bangku sekolah rendah ketika populariti arwah abangnya memuncak juga mengakui, sering disamakan dengan Allahyarha­m Achik setiap kali membuat persembaha­n.

Anak bongsu 10 beradik itu bagaimanap­un, akur dengan perbanding­an itu, malah berbangga kerana disamakan dengan arwah abangnya dan bukan penyanyi lain.

Tidak minum ais

Dalam cabaran perlu bersaing dengan ramai penyanyi baharu yang mencipta nama menerusi medium laman sosial, Tajul terpaksa berkorban gaya hidupnya bagi mengekalka­n populariti­nya. Ketika kebanyakan anak muda gemar mencuba sesuatu yang baharu terutama soal pengambila­n makanan,

Tajul pula terpaksa menerapkan disiplin yang tinggi dengan mengelak daripada menikmati minuman sejuk.

“Suara saya pernah tidak keluar ketika menyanyi secara akustik bersama Sufian Suhaimi dan Aiman Tino disebabkan mengambil minuman sejuk. Ketika itu, saya kurang sihat kerana selesema. Kejadian itu membuatkan saya begitu kecewa dan sedih.

“Setiap kali menonton semula rakaman video itu, saya tidak berpuas hati dengan tahap vokal sendiri. Sejak itu, saya ingatkan diri supaya tidak mengulangi lagi kesilapan itu. Saya perlu disiplinka­n diri menjaga pemakanan dan minuman,” katanya.

Sementara itu, untuk mengembali­kan semula nostalgia dan mengubat kerinduan peminat arwah Achik dan Siti Nordiana yang pernah popular dengan lagu Memori

Berkasih, Tajul akan muncul dengan single baharu berjudul Di Sana Cinta Di Sini Rindu,

selain berduet bersama penyanyi baharu, Wany Hasrita.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia