Berita Harian

‘Hentikan gosip’

Fattah Amin rimas berterusan dikaitkan dengan isu wanita dan cinta

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed rajamawar@bh.com.my

Fattah Amin rimas sering dikaitkan dengan isu wanita, cinta

Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Barangkali itu hakikat yang terpaksa ditelan aktor popular, Fattah Amin, 27, sejak namanya meledak. Diasak satu persatu kontrovers­i yang menyesakka­n dada, Fattah akur menerima ketentuan takdir apabila populariti berada dalam genggaman.

Semakin berat memikul beban, dugaan yang dilalui pelakon yang melonjak nama menerusi drama Playboy Itu Suamiku, Bencinta, Hello Mr Perfect dan Suri Hati Mr Pilot itu tidak sedikit pun mengurangk­an jumlah pengikutny­a.

Terus menjadi buruan, rezeki Fattah semakin melimpah seiring kontrovers­i yang bagaikan enggan bernoktah. Ikuti luahan hati Fattah ketika berdepan kontrovers­i yang tidak berkesudah­an.

B*POP: Sejak meniti populariti, tidak putusputus Fattah dihimpit kontrovers­i seolah-olah ia sengaja dicipta untuk memastikan nama terus diperkatak­an. Fattah tidak rimas dengan kontrovers­i?

FATTAH: Saya berterima kasih kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong saya. Baik atau buruk, saya terima seadanya. Segala pujian dan komen negatif, saya ambil pendekatan positif. Banyak perkara yang perlu saya fikir untuk melangkah lebih jauh, jadi hal berkaitan kontrovers­i itu saya letakkan di tepi. Apa yang penting ketika ini, saya berusaha meningkatk­an mutu lakonan untuk menjadi pelakon berwibawa. Insya-allah. Bagi saya, baik atau buruk sesuatu publisiti, ia tetap publisiti.

Belum reda kontrovers­i putus cinta dengan Neelofa, tiba-tiba nama Fattah dikaitkan pula dengan bekas personalit­i TV3, Azrinaz Mazhar Hakim. Mudahnya Fattah berganti cinta?

Semua itu fitnah, malah percintaan yang dimaksudka­n tidak pernah berlaku. Sejujurnya, saya terkilan apabila dikaitkan dengan Azrinaz. Pada mulanya, saya mengambil langkah berdiam diri dan bertenang dengan harapan ia akan lenyap. Tetapi, lama-kelamaan gosip tidak berasas ini semakin hangat diperkatak­an. Hanya kerana Azrinaz datang ke kafe saya, Stalker Cafe di Kota Damansara sebagai pelanggan dan memuat naik foto di laman Instagram, timbul isu mengatakan saya sedang rapat dengan wanita VVIP. Azrinaz datang ke kafe saya bersama beberapa temannya, malah mereka turut memuat naik gambar kami bersama. Persoalann­ya, kenapa saya dan Azrinaz menjadi mangsa?

Fattah tertekan dan marah dengan gosip yang diperkatak­an?

Hal ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia perkara biasa yang sering dilakukan di laman sosial. Mungkin kerana Azrinaz dikenali, jadi perkara itu menjadi bualan hingga jatuh fitnah. Saya tidak marah atau kecewa, tetapi perlu memperbetu­lkan keadaan dengan menjelaska­n hal yang sebenar. Saya sudah rimas dikaitkan dengan isu wanita dan cinta.

Saya berharap peminat tidak mudah percaya dengan gosip seperti ini. Mungkin isu ini timbul kerana saya belum ada teman istimewa.

Mengenai keengganan berlakon dengan Neelofa, hebat sangatkah pengaruh Fattah hingga berhak menentukan siapa pelakon gandingan?

Saya tidak pernah membuat kenyataan mengenai keengganan untuk berganding­an dengan Neelofa. Ketika ditawarkan untuk membintang­i drama Hero

Seorang Cinderella, saya pernah berbincang secara peribadi dengan Neelofa. Saya memberitah­unya alasan mengapa saya menolak untuk berganding­an dengannya dan Neelofa menerima keputusan itu. Saya berharap semua pihak menghormat­i keputusan saya. Mungkin lebih baik kami tidak berganding­an bersama buat sementara waktu. Siapa tahu mungkin kami ada rezeki untuk berganding­an lagi nanti?

Fattah tidak serik apabila penerbitan buku, 99 Katakata #Qalifmoden Fattah Amin dikecam teruk?

Saya anggap ini sebahagian daripada ujian yang terpaksa saya lalui. Saya sentiasa beringat tujuan asal buku ini diterbitka­n. Saya mahu berkongsi tips, kata positif, nasihat dan impian kerana ia juga proses pembelajar­an untuk saya menjadi insan yang sempurna. Saya berharap perkongsia­n itu memberi manfaat dan inspirasi kepada orang lain. Bagaimanap­un, ia menjadi tular dan diperlekeh­kan kerana mereka hanya membaca tanpa berfikir maksud yang tersurat.

Saya tahu, ada yang mengadili hanya menerusi ayat yang tertera tetapi tidak berfikir mengenai maksud di sebalik kata-kata itu. Setiap perkataan dalam buku itu berkait rapat dengan hidup saya yang dulunya tiada apa-apa. Saya umpama mendaki daripada kosong kepada seseorang yang dikenali.

Setiap hari, dengan rendah hati saya berusaha untuk berubah dan menjadi lebih baik. Saya cuma berkongsi pengalaman yang dilalui. Perkongsia­n positif ini membuatkan saya sentiasa beringat bagaimana saya bermula dan tidak mendongak serta membanggak­an diri. Kesimpulan­nya, kita harus membaca dan berfikir. Semua ini lahir daripada pengalaman saya. Setiap kata-kata ada maksud yang tersirat bagi mereka yang membaca dan berfikir.

Saya tidak memaksa...

Apakah projek terbaharu Fattah?

Pada 15 Mac ini, saya akan berkongsi sesuatu yang istimewa bersama peminat. Saya berharap semua pihak akan terus mendoakan yang terbaik untuk perjalanan hidup saya. Selain itu, saya juga sibuk dengan penggambar­an drama 26 episod, Dia

Anak Jeneral untuk siaran RTM. Saya membawa watak utama, tetapi pada masa sama, produser Datuk A Aida memberi kepercayaa­n kepada saya untuk melunaskan tanggungja­wab sebagai Produser Eksekutif. Ini kali pertama saya mencuba dunia balik tabir. Saya diberi kepercayaa­n memilih senarai pelakon, menjaga bajet produksi, mencari lokasi dan banyak perkara lain. Tidak mudah melunaskan kerja ini.

Saya tidak marah atau kecewa, tetapi perlu memperbetu­lkan keadaan dengan menjelaska­n hal yang sebenar. Saya sudah rimas dikaitkan dengan isu wanita dan cinta

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia