Berita Harian

PM lancar Ekspedisi KE7B Kutub Utara

Ekspedisi mulai 13 April jadi bukti semangat juang rakyat Malaysia

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat memiliki kekuatan dan semangat tidak mudah menyerah kalah dalam melaksanak­an amanah yang diberikan terutama demi negara.

Perdana Menteri berkata, rakyat terutama generasi muda perlu meletakkan sasaran yang tinggi untuk dicapai, walaupun menyedari ia bukan mudah dan terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

Katanya, Ekspedisi Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) Kutub Utara 2017 yang akan bermula 13 April ini adalah contoh semangat juang rakyat Malaysia.

Ekspedisi itu akan dilaksanak­an tiga penjelajah negara iaitu Muhamad Muqharabbi­n Mokhtarrud­in, 35; Mohd Irwan Yusoff Abdullah, 37 dan Shahrom Abdullah, 37.

“Mereka akan berski sejauh 111 kilometer... bunyinya mudah tapi sebenarnya tidak. Ia memerlukan kekuatan luar biasa kalau mahu merentasi Kutub Utara kerana saya difahamkan ia lebih mencabar daripada Kutub Selatan.

Kagum semangat juang

“Inilah yang saya kagum dengan semangat juang saudara sekalian. Mudah-mudahan ini dapat memberi rangsangan kepada orang muda bahawa dalam kehidupan kita, kita perlu menghadapi pelbagai cabaran.

“Kalau diletakkan sesuatu tugas dan amanah, apatah lagi untuk negara, kita perlu berjuang habishabis­an sehingga tercapai,” katanya ketika berucap melancarka­n Ekspedisi KE7B Kutub Utara 2017 di Perdana Putra, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof.

Ekspedisi kelolaan KE7B yang akan mengambil masa 11 hari itu memerlukan tiga ikon sukan lasak negara berkenaan menjelajah di atas ais dalam cuaca sejuk yang ekstrem sehingga negatif 40 darjah Celsius, dengan membawa beban seberat kira-kira 70 kilogram (kg).

Penjelajah­an dari Stesen Barneo ke Titik Kosong Darjah Kutub Utara akan berdepan tiupan angin sejuk, rekahan dan lohong ais, permukaan bumi yang kasar serta timbunan salji yang menyukarka­n aktiviti berski, selain ancaman beruang kutub.

Sementara itu, Muhamad Muqharabbi­n yang juga Presiden KE7B, berkata sebagai persediaan berdepan cabaran itu, beliau dan dua peserta lagi menjalani beberapa siri latihan fizikal membabitka­n senaman berjalan sambil menarik beban seberat 50kg.

“Latihan seumpama ini adalah sebagai penyesuaia­n diri penjelajah bagi merentasi Kutub Utara secara berski sambil menarik beban seperti peralatan dan kelengkapa­n ekspedisi.

“Latihan turut diadakan di Jepun pada Januari lalu membabitka­n kemahiran berski dan penyesuaia­n cuaca sejuk bersalji,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Najib menerima cenderahat­i daripada Muhamad Muqharabbi­n sambil diperhatik­an Mohd Irwan (kiri) dan Shahrom (dua dari kiri) selepas melancarka­n Ekspedisi KE7B Kutub Utara 2017 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Najib menerima cenderahat­i daripada Muhamad Muqharabbi­n sambil diperhatik­an Mohd Irwan (kiri) dan Shahrom (dua dari kiri) selepas melancarka­n Ekspedisi KE7B Kutub Utara 2017 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia