Berita Harian

Beri sokongan usaha bawa pulang rakyat kita: PM

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menyaranka­n seluruh rakyat termasuk pemimpin kerajaan dan pembangkan­g memberi sokongan penuh terhadap segala usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang dilarang meninggalk­an Korea Utara.

Perdana Menteri berkata kekuatan sesebuah negara boleh diukur dengan melihat kepada kebersatua­n rakyat ketika menghadapi krisis atau ancaman dari luar.

“Sekiranya kita bersatu-padu ketika menghadapi sebarang masalah atau ancaman, musuh dari luar tidak akan mampu meruntuhka­n segala yang kita bina selama ini,” katanya menerusi entri terbaru blog najibrazak.com. malamtadi.

Beliau berkata ini bukan pertama kali Malaysia menghadapi saat getir membabitka­n hubungan luar negara, krisis seperti MH370, MH17 dan Lahad Datu telah membuktika­n bahawa Malaysia berpengala­man dalam menangani isu berkaitan kuasa asing yang rumit.

Insya-allah diberi petunjuk

“Insya-allah, kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah yang Maha Kuasa sekali lagi untuk mengembali­kan rakyat Malaysia di Korea Utara dengan selamat dan merungkai segala persoalan mengenai pembunuhan yang berlaku di tanah air kita ini,” katanya.

Najib berkata Malaysia sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua negara.

“Bagaimanap­un, ini tidak bermakna sesiapa dari kalangan mereka boleh menyalahgu­nakan segala layanan baik yang Malaysia telah berikan selama ini dan melanggar undang-undang negara kita atau melakukan sesuka hati mereka tanpa menghormat­i Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat,” katanya.

Sebelas rakyat Malaysia

Sebelas rakyat Malaysia dilaporkan berada di Korea Utara ketika Pyongyang pada 7 Mac mengumumka­n larangan bagi rakyat negara ini meninggalk­an negara itu.

Namun, semalam Najib mengumumka­n dua daripada mereka iaitu petugas Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu telah dibenarkan keluar dari Korea Utara dan kini berada ke Beijing.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan pembunuhan Kim Chol, atau dilaporkan media sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Duta Besar Korea Utara ke Malaysia Kang Chol diusir dari negara ini pada 6 Mac lalu selepas dilaporkan membuat kenyataan tidak berasas dan menghina Malaysia berhubung siasatan kes pembunuhan Jong-nam.

Sehari kemudian, Korea Utara mengumumka­n tindakan mengusir Duta Besar Malaysia di negara itu, Mohamad Nizan Mohamad selain menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalk­an negara berkenaan.

Sekiranya kita bersatupad­u ketika menghadapi sebarang masalah atau ancaman, musuh dari luar tidak akan mampu meruntuhka­n segala yang kita bina selama ini” Kenyataan Perdana Menteri menerusi entri blog najibrazak.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia