Berita Harian

‘Fahami perjuangan BN, pembangkan­g’

-

Alor Setar: Rakyat perlu memahami perbezaan perjuangan di antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkan­g terutama pakatan pro-dap, yang dijangka bersaing ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata BN harus dilihat sebagai barisan yang sentiasa memperjuan­gkan hak rakyat dan kekal dengan prinsip itu sejak dulu.

Beliau berkata, pakatan pro-dap yang disertai PKR dan Parti Amanah Negara, hanya mengikut telunjuk Lim Kit Siang.

“Ini penting dijelaskan kepada rakyat supaya mereka faham dan tidak terbawa-bawa dengan satu atau dua isu hingga perlu memikirkan pihak mana akan membawa lebih kebaikan jika diberi mandat pada PRU kelak.

Dipilih rakyat

“BN adalah kerajaan dipilih rakyat dan sentiasa berkhidmat untuk rakyat. Ini berbeza dengan pakatan pro-dap kerana apa juga yang mereka lakukan pasti berlegar di sekitar kekuatan DAP sebab mereka mahu sokongan dan ingin menjaga parti itu.

“Apakah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menafikan hakikat ini,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan santai di Bangunan UMNO, di sini, semalam.

Pertemuan itu adalah sebahagian daripada Siri Jelajah Penerangan UMNO yang memulakan perjalanan­nya di Kedah, semalam.

Dua hari di Kedah

Melalui siri jelajah itu, Annuar bersama jentera Penerangan UMNO berada di Kedah selama dua hari bagi mendekati golongan akar umbi melalui kaedah ziarah rumah ke rumah, perjumpaan di kedai kopi dan ceramah politik.

Mengulas jelajah terbabit, Annuar berkata, ia bertujuan mendengar keluh kesah rakyat mengenai kos sara hidup, sekali gus boleh membawa suara itu ke peringkat pimpinan Pusat.

Katanya, ia juga membolehka­n manifesto bersifat rakyat diperoleh berdasarka­n kepada permasalah­an di sesuatu kawasan.

“Isu tempatan memerlukan kaedah berbeza untuk diselesaik­an, contohnya pendekatan bagi sesuatu masalah di Kedah tidak semestinya sesuai di Kelantan, maka jentera UMNO setiap peringkat harus menyalin semula kaedah ini di peringkat kawasan masing-masing.

“Kita tidak mahu rakyat berfikir bahawa kerajaan tak ambil berat soal peningkata­n kos sara hidup kerana sesiapa sahaja yang jadi kerajaan akan diuji dengan masalah ini,” katanya.

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] ?? Annuar (dua dari kanan) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sharif (kanan) bersalaman dengan penduduk pada program siri jelajah UMNO Malaysia di Dewan Orang Ramai Kampung Keda Wang Mukim Ah, semalam.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] Annuar (dua dari kanan) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sharif (kanan) bersalaman dengan penduduk pada program siri jelajah UMNO Malaysia di Dewan Orang Ramai Kampung Keda Wang Mukim Ah, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia