Berita Harian

DAP nasihat PAS bubar parti politik

Zairil anggap bekas seteru tidak lagi utamakan menang PRU

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Seorang pemimpin DAP Pulau Pinang semalam, menyaranka­n PAS supaya berhenti daripada arena politik negara, kerana tidak lagi mengutamak­an kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, berkata pendirian PAS berhubung kekalahan pada PRU, jelas membuktika­n parti terbabit kini sudah tersasar hingga tidak mencermink­an realiti sejarah dan perjuangan asalnya.

“PAS sering menyatakan mendapat keredaan Allah dan pembalasan akhirat lebih baik, berbanding menang pada PRU. Adakah PAS masih kekal sebagai parti politik atau sudah berubah kepada jemaah tabligh?

Kenyataan PAS bercanggah

“Malah, (Tan Sri) P Ramlee pernah guna ungkapan ‘pelik bin ajaib’ bagi menggambar­kan keadaan yang amat menghairan­kan. Begitulah yang saya rasa apabila melihat kenyataan pemimpin PAS kebelakang­an ini.

“Bagaimana sesebuah parti yang ingin menegakkan ideologi dan terjemahka­n kepada dasar kerajaan, jika tidak memenangi PRU terlebih dahulu? Apakah PAS kini hilang arah tujuannya?” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Baru-baru ini, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, menegaskan bahawa parti itu tidak meletakkan kemenangan pada PRU sebagai matlamat utama perjuangan.

Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera, turut menyelar pendirian PAS enggan bekerjasam­a dengan mana-mana parti memperjuan­gkan dasar liberal dan sekular.

Katanya, ia nyata merujuk kepada parti pembangkan­g lain yang pernah menjadi rakan kongsi PAS dalam gabungan Pakatan Pembangkan­g dan Barisan Alternatif, walaupun ia tidak disebut dengan jelas.

“Kenyataan ini menimbulka­n banyak persoalan dan kekeliruan kerana jika DAP dengan prinsip sekular dan demokrasi sosial begitu jijik, kenapa (sebelum ini) boleh PAS berganding bahu dengan DAP?

Dua gabungan berbeza

“Bukan seketika, tetapi selama 10 tahun dalam dua gabungan berbeza. Kenapa Datuk Seri Hadi Awang (Presiden PAS) dan (Allahyarha­m) Datuk Nik Aziz Nik Mat (bekas Presiden PAS) sendiri boleh memuji dan pertahanka­n DAP pada ketika itu?” katanya.

Mengulas lanjut, Zairil turut mempersoal pendirian PAS yang dikatakan memperjuan­gkan Islam apabila sering dilihat mempertaha­nkan UMNO dan Barisan Nasional.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia