Berita Harian

Pendidikan sebati dengan jiwa Sharifah Hapsah

Tumpu pembanguna­n pendidikan modal insan generasi masa depan

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Anugerah tokoh pendidikan selayaknya disandang Prof Emerita Tan Sri Dr Sharifah Habsah Syed Hasan Shahabudin, 69, sejajar dengan komitmen dan sumbangann­ya yang terlalu banyak arah kecemerlan­gan dunia pendidikan negara sejak 1970-an lagi.

Bagi dirinya, untuk melahirkan insan berkualiti, sistem pendidikan itu sendiri, perlu dibangunka­n menerusi modul pendidikan dan kurikulum yang sempurna.

“Kurikulum adalah asas. Sewaktu saya menjadi doktor dulu, saya terfikir, kerjaya doktor tidak seharusnya hanya merawat pesakit. Mereka juga perlu menjadi lebih daripada itu.

“Justeru, saya bertekad memperkena­lkan kurikulum perubatan berasaskan penyelesai­an masalah sewaktu saya menjawat Ketua Unit dan Pengasas Jabatan Pendidikan Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1982,” katanya kepada BH.

Bekas Naib Canselor UKM, ini memiliki pengalaman dan ilmu yang banyak dalam bidang pendidikan.

Malah menjawat pelbagai jawatan berkaitan dunia berkaitan.

Pernah menduduki kerusi Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan bertanggun­gjawab menggubal Akta Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang mengambil alih peranan LAN, Dr Sharifah Habsah juga terbabit membangunk­an sistem jaminan kualiti Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan membantu penubuhan Kementeria­n Pengajian Tinggi, pada 2004.

Pembabitan beliau dalam dunia pendidikan bermula apabila anak sulungnya kerap jatuh sakit dan memerlukan perhatian. Waktu itu beliau baharu sahaja menjadi doktor.

“Saya membuat keputusan meninggal bidang klinikal lantas menceburi bidang fisiologi sebagai pensyarah di UKM.

“Di sinilah timbul minat terhadap pendidikan perubatan dan saya menerokai pendekatan efektif melahirkan doktor berwibawa,” katanya.

Beliau pernah menerima pelbagai pengiktira­fan antarabang­sa dan kebangsaan, termasuk Fred Kartz Medal Memorial dan Anugerah Kecemerlan­gan COL-ICDE, antara pengiktira­fan tertinggi dalam bidang pendidikan.

Tumpu pendidikan kanak-kanak

Selepas bersara sebagai naib canselor UKM pada 2013, beliau kini menumpukan perhatian terhadap pembanguna­n pendidikan kanakkanak menerusi Program PERMATA Negara (PERMATA).

Selaku Ahli Majlis Pelaksanaa­n Program PERMATA, ia dilaksanak­an dalam menyasarka­n pendidikan berkualiti dalam kalangan kanak-kanak.

Kurikulum ini dibangunka­n berasaskan bukti dan diterima pakai sebagai kurikulum kebangsaan. Prestasi anak PERMATA dijejak oleh Pusat Penyelidik­an Pembanguna­n Kanak-kanak Kebangsaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pendidikan berkualiti

“Kajian menunjukka­n, kanak-kanak yang mengikuti program PERMATA mencapai prestasi lebih baik berbanding mereka tidak memasuki TASKA PERMATA Negara.

“Perhatian bukan sahaja pada perkembang­an kognitif dan fizikal tetapi juga aspek sosial, nilai dan etika. Paling penting, PERMATA membuka peluang pendidikan awal berkualiti untuk kanak-kanak di luar bandar dan keluarga berpendapa­tan rendah di bandar,” katanya yang menjelaska­n dalam perkembang­an terkini, Hospital Kanak-kanak PERMATA di Hospital UKM (HUKM) Cheras, yang dapat disifatkan sebagai ‘hospital canggih dilengkapi teknologi moden dengan menumpukan program khusus untuk kanak-kanak’.

PERMATA diilhamkan, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Cabaran berbeza

Mengulas mengenai cabaran, Dr Sharifah Habsah, sewaktu menjadi naib canselor cabarannya untuk menggemble­ng tenaga dan sumber manusia.

Justeru, beliau akan memastikan kekuatan individu atau jabatan untuk ditonjolka­n ke arah kecemerlan­gan universiti menerusi strategi dan rangka kerja bersistema­tik.

Berbangga apabila berjumpa doktor kelahiran UKM, Dr Sharifah Hapsah berkata, beliau terharu apabila ada graduan UKM menegurnya.

“Itulah kepuasan yang sukar diungkap dengan kata-kata,” katanya.

Pesanan ayah jadi azimat

Pesan arwah ayah dan ibu, Datuk Syed Hasan Syed Zain Shahabudin dan Datin Sharifah Zaharah Syed Ahmad Aljafri untuk melakukan yang terbaik dalam setiap bidang diceburi, jadi azimat buat dirinya untuk berjaya.

Beliau memiliki amalan bekerja mengikut perancanga­n dan melakukann­ya dengan sempurna.

“Memastikan otak saya sentiasa bekerja, hampir setiap hari saya main teka silang untuk memastikan otak saya sentiasa bekerja,” katanya.

Selain aktif dalam aktiviti memartabat­kan agenda kewanitaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), beliau turut terbabit sebagai Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), badan penasihat utama kepada kerajaan berkaitan isu wanita dan gender, Ahli Majlis Penasihat Wanita Negara, Presiden Pengasas Malaysian Associatio­n for Education in the Medical and Health Sciences (MAEMHS) dan Timbalan Presiden pengasas, Majlis AIDS Negara.

Lulusan: Ijazah Perubatan MBBS daripada Universiti Malaya (1973). - Sarjana Kesihatan (Personnel Education) daripada Universiti New South Wales Australia (1982). - Doktor Falsafah Perubatan (1997).

Pencapaian: Ketua Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan, UKM (1976-1979).

- Terbabit dalam menggubal Panduan Kualiti Pendidikan Tinggi bersama UNESCO dan OECD dan dalam rundingan WTO mengenai perkhidmat­an selaku Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan (2000-2004) dan Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti KPT (2004-2006). - Dilantik sebagai ahli Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia dan Suruhanjay­a Integriti Penguat Kuasa Undang-undang.

- Menganggot­ai beberapa jawatankua­sa kebangsaan, termasuk MAPEN II, Panel Bebas Mengkaji

Pelan Pendidikan.

- Menerima Ijazah Kehormat daripada 5 universiti luar negara

- Ahli Lembaga Pelawat Depot Tahanan.

- Perunding 'Distance Education

Project Mccord' Hospital, Durban - Penasihat 'Medical Education Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - Ahli Akademi Perubatan Malaysia. - Ahli Akademi Sains Malaysia.

- Ahli Persatuan Perubatan Malaysia. - Presiden NCWO.

- Fretz Katz Memorial Medal for Excellence in Medical Education' (1993).

- ICDE-COL Special Award of Excellence for Distance

Education (1995).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia