Berita Harian

Melon Manis Terengganu jana pulangan lumayan

Kontraktor raih pendapatan RM20,000 hasil tuaian setiap dua bulan

- Oleh Aslina Abu Bakar

Melihat potensi tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) yang baik, seorang kontraktor binaan sanggup beralih mengusahak­an MMT di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) Tok Dor, Besut dan Projek Khas Pertanian Alur Ketitir, Merchang, Marang.

Sidik Muhammad, 54, berkata produk pertanian yang diusahakan melalui penanaman secara fertigasi di bawah Struktur Perlindung­an Hujan (SPH) yang disediakan oleh pihak TKPM sejak dua tahun lalu, kini memberi hasil yang cukup lumayan.

Bagi menghasilk­an produk MMT bermutu tinggi, katanya, petani perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian negeri baik dari segi penggunaan baja, pengawalan racun dan pencahayaa­n.

Hasil 8,000kg MMT

“Malah, hasil kerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri, saya kini dapat menghasilk­an 8,000 kilogram (kg) MMT dalam tempoh dua bulan selepas hari pertama semaian.

“Jika petani tidak mengikut SOP yang ditetap oleh Jabatan Pertanian negeri, mereka mungkin gagal memperoleh hasil melon bermutu tinggi seperti saiz yang kecil dan rasa yang kurang manis,” katanya ketika ditemui BH Plus.

Sidik berkata, setiap dua bulan beliau mengeluark­an lapan hingga 10 tan MMT dengan pendapatan sebanyak RM20,000.

Beliau berkata, MMT dihasilkan di tempatnya boleh mencapai kemanisan sehingga skala 14 dan buahnya juga rangup serta tahan lama.

“Melalui kajian yang dibuat, sesiapa yang memakan sebiji melon ini bersamaan mereka meminum 40 gelas air teh hijau gred A,” katanya.

Sidik berkata, permintaan MMT kian meningkat memerlukan pihaknya menambah bekalan.

“Baru-baru ini, kami mengalami kekurangan bekalan berikutan permintaan semakin meningkat.

“Saya kini berusaha menambah bekalan dengan meningkatk­an hasil pengeluara­n kerana selepas dieksport ke rantau Asia seperti Jepun, Singapura, kami akan ke Brunei pula mempromosi MMT,” katanya.

Ketika ini, katanya, beliau memiliki 40,000 polibag benih melon dan 24 rumah hijau di TKPM Tok Dor, Besut serta di Projek khas Pertanian Alur Ketitir.

Pencegah penyakit kronik

Buah yang direka khas untuk industri pertanian Terengganu itu bukan sahaja memiliki rasa yang manis dan struktur buah yang rangup malah ia juga mempunyai khasiat tersendiri termasuk bersifat antioksida, baik untuk kesihatan kulit, menguatkan antibodi badan, mengandung­i vitamin A dan C, serta pencegah penyakit kronik seperti kencing manis, angin ahmar dan jantung.

Melon Manis Terengganu yang dihasilkan di tempat saya boleh mencapai kemanisan sehingga skala 14 dan buahnya juga rangup serta tahan lama” Sidik Muhammad, Pengusaha MMT

 ?? [FOTO ASLINA ABU BAKAR/BH] ?? Buah Melon Manis Terengganu yang siap dituai dikumpul di pusat pengumpula­n sebelum dijual kepada peraih dan peniaga.
[FOTO ASLINA ABU BAKAR/BH] Buah Melon Manis Terengganu yang siap dituai dikumpul di pusat pengumpula­n sebelum dijual kepada peraih dan peniaga.
 ??  ?? Sidik menunjukka­n buah Melon Manis Terengganu yang dijual dengan pembungkus­an menarik dan mempunyai nilai komersial.
Sidik menunjukka­n buah Melon Manis Terengganu yang dijual dengan pembungkus­an menarik dan mempunyai nilai komersial.
 ??  ?? Sidik menanam Melon Manis Terengganu di dalam polibag di TKPM Tok Dor, Besut dan Projek Khas Pertanian Alur Ketitir di Merchang, Marang.
Sidik menanam Melon Manis Terengganu di dalam polibag di TKPM Tok Dor, Besut dan Projek Khas Pertanian Alur Ketitir di Merchang, Marang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia