Berita Harian

JPB 2017 tawar pelbagai peluang pengajian

Terbuka kepada pelajar Bumiputera layak tetapi tercicir lanjut pelajaran

- Oleh Nadia Hamid

Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017 yang bermula di Bera, Pahang, semalam, menawarkan 50,000 surat tawaran dan 100,000 prospek kepada pelajar Bumiputera layak tetapi tercicir melanjutka­n pelajaran.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tawaran berkenaan membabitka­n 19 universiti awam (UA), termasuk Universiti Teknologi MARA (UITM) dan Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) serta kolej vokasional dan Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

54 kawasan Parlimen

Beliau yang juga Menteri Mentor JPB 2017 berkata program berkenaan akan dijalankan secara meluas di 54 kawasan Parlimen seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Pelajar yang hadir ke lokasi JPB 2017 perlu membawa kad pengenalan, keputusan peperiksaa­n dan pengesahan pendapatan ibu bapa.

“Ibu bapa pelajar yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai slip gaji boleh membawa surat pendapatan ibu bapa yang disahkan ketua kampung, pemimpin masyarakat atau wakil rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

JPB 2017 adalah kesinambun­gan program JPB 2016 yang mengesan 50,000 pelajar Bumiputera tercicir melanjutka­n pelajaran bagi tempoh 2011 hingga 2015 yang dianjurkan bersama Yayasan Destinasi Anak Bangsa (YDAB), Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia dan Koprojaya.

Jawapan segera

Ismail Sabri berkata, sistem kemasukan pemohon program JPB 2017 berbeza daripada kemasukan melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), yang dibuat berdasarka­n keputusan peperiksaa­n dan pengisian borang tanpa mengenal latar belakang pelajar.

“Jika pelajar membawa dokumen lengkap terutama yang memohon memasuki kolej TVET dan layak, kita boleh terus mengeluark­an surat tawaran.

“Pelajar yang memohon memasuki UA, kita akan senaraikan mereka dan jawapan akan diberi dengan segera,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya sedia meluaskan pembabitan program itu di semua kawasan Parlimen seluruh negara jika ada Ahli Parlimen sanggup membiayai program itu.

 ??  ?? Pengerusi Jawatankua­sa Induk Program Jelajah Pendidikan Bumiputra 2017, Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar (tengah) bergambar bersama peserta selepas majlis pelancaran di Sri Pentas, kelmarin.
Pengerusi Jawatankua­sa Induk Program Jelajah Pendidikan Bumiputra 2017, Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar (tengah) bergambar bersama peserta selepas majlis pelancaran di Sri Pentas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia