Berita Harian

KPTM komited tingkat mutu pendidikan

-

Kuala Lumpur: Kolej Poly-tech MARA (KPTM) sentiasa komited dan bekerja keras dalam usaha melahirkan graduan yang boleh menyumbang kepada kemajuan negara dan menyalurka­n pendidikan berkualiti kepada anak bangsa.

Pengerusin­ya, Datuk Ahmad Nazlan Idris, berkata agensi di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu sentiasa menyokong aspirasi pendidikan negara dan hala tuju KKLW untuk ‘Membandark­an Luar Bandar’ menerusi pendidikan.

“Dengan peluang kedua di KPTM untuk penuhi impian melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas tercicir ke universiti awam, akhirnya pelajar inilah antara kelompok berjaya bukan sahaja dalam negara, malah di peringkat global.

“Setakat ini, graduan dilahirkan KPTM adalah berkeboleh­an dalam pasaran,” katanya sambil menambah, kecemerlan­gan KPTM turut terbukti menerusi kejayaan pelajar dan organisasi di peringkat global.

Antaranya anugerah pelajar terbaik Top Scorer CAT Paper World Prize Winner’, hasil inovasi menerusi Anugerah Perak Asian Youth Innovation Award, Anugerah Nadi Negara serta Anugerah Kecemerlan­gan Malaysia Institute of Chartered Administra­tor (MAICSA).

Pencapaian diiktiraf

“Banyak lagi anugerah diterima pelajar KTPM. Dalam sistem pengurusan pula, KPTM sangat berkualiti sehingga diiktiraf dunia menerusi kejayaan menerima anugerah European Society For Quality Research (ESQR) di London,” katanya. Katanya, KPTM optimis memberi pendidikan terbaik dan berterusan kepada anak bangsa bagi memperkemb­angkan potensi individu secara menyeluruh serta bersepadu, seterusnya melahirkan insan seimbang, harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

“KPTM juga terus proaktif menyertai program pendidikan berpaksika­n saranan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar kami melestarik­an pendidikan di setiap pelusuk negara dan memudahkan capaian orang ramai terutama di luar Bandar.

“Ini tanda sokongan kami kepada kerajaan untuk memberi peluang atau akses pendidikan berterusan kepada generasi muda,” katanya.

KPTM mempunyai lapan kampus, iaitu di Bangi, Selangor; Kuantan, Pahang; Batu Pahat, Johor; Ipoh, Perak; Alor Setar, Kedah; Kota Bharu dan KESEDAR, Kelantan serta Semporna, Sabah, selain Kolej Universiti Poly-tech MARA Kuala Lumpur (KUPTMKL).

Sempena Jelajah Pendidikan Bumiputera kedua yang bermula hari ini hingga Mei, beliau berkata, KPTM selaku rakan strategik program itu akan mengambil bahagian di semua 66 lokasi di seluruh negara.

Katanya, program itu membolehka­n lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) mendapatka­n maklumat terkini bidang pendidikan tinggi, khususnya di KPTM serta peluang menyambung pengajian ke menara gading.

“KPTM menggunaka­n pendekatan konsep ‘Sehati Sejiwa’ dengan matlamat menyatukan institusi ini menerusi keutuhan, perpaduan, kesefahama­n serta bersatu dalam menempuh kejayaan dan kesusahan,” katanya.

 ??  ?? Ismail Sabri (dua dari kiri) bersama Ahmad Nazlan (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Prof Datuk Dr Sabarudin Mohd (kanan) di bangunan Akademi Keusahawan­an KPTM, Bera.
Ismail Sabri (dua dari kiri) bersama Ahmad Nazlan (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Prof Datuk Dr Sabarudin Mohd (kanan) di bangunan Akademi Keusahawan­an KPTM, Bera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia