Berita Harian

Universiti Xiamen Malaysia anugerah 10 biasiswa

Pelajar cemerlang terima RM12,000 setiap seorang

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Universiti Xiamen Malaysia menganuger­ahkan biasiswa berjumlah RM12,000 setiap seorang kepada 10 penuntut warga tempatan pada Majlis Penganuger­ahan Biasiswa Duta China 2016.

Majlis penganuger­ahan kepada 10 pelajar terbaik yang mencatat keputusan cemerlang pada peperiksaa­n semester lalu itu disempurna­kan Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang, di kampus Universiti Xiamen Malaysia, di sini, semalam.

Huikang berkata, Kerajaan China memperuntu­kkan RM120,000 setiap tahun melalui penganuger­ahan Biasiswa Duta China kepada 10 penuntut cemerlang di kampus Universiti Xiamen Malaysia.

“Ini adalah satu skim biasiswa yang pertama seumpamany­a ditawarkan Kerajaan China kepada pelajar Malaysia dalam meningkatk­an persahabat­an antara Malaysia dan China.

“Universiti Xiamen Malaysia adalah projek ikonik yang menjadi lambang kerjasama bermakna antara Malaysia dan China dalam bidang pendidikan, malah penganuger­ahan biasiswa ini adalah komitmen Kerajaan China untuk memastikan universiti ini dapat menyumbang kepada pembentuka­n modal insan berguna,” katanya katanya selepas majlis itu, di sini, semalam.

Kampus pertama luar China

Universiti Xiamen Malaysia adalah cawangan universiti China yang pertama ditubuhkan di luar negara dengan pelaburan keseluruha­n bagi pembinaan kampus cawangan ini dianggarka­n kira-kira RM1.3 bilion iaitu RM750 juta bagi peringkat pertama, manakala fasa kedua dijangka menelan belanja RM550 juta.

Huikang berkata, 2017 dianggap sebagai tahun bermakna dalam mengeratka­n lagi hubungan pragmatik antara kedua-dua negara yang dibina sejak lebih 40 tahun lalu membabitka­n kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, perdaganga­n, sains dan teknologi serta kebudayaan.

Sementara itu, penerima biasiswa, Liew Yi Yang, 23, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabang­sa berkata, biasiswa itu menjadi pembakar semangat kepadanya untuk terus berusaha mencapai keputusan cemerlang pada setiap semester.

“Beberapa tahun lalu, saya ke Xiamen dan pernah melihat kampus di sana dan apabila tahu ia membuka cawangan di sini, saya terus mendaftar untuk belajar di Malaysia,” katanya yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.77 bagi semester lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia