Berita Harian

Kecoh: Pelajar kita tetap semangat buat persembahk­an

-

Pelajar Kumpulan Ghazal dan Zapin Sekolah Seni Malaysia Johor, tetap bersemanga­t meneruskan persembaha­n di sebalik kekecohan ditimbulka­n seorang warga tempatan di Pavilion Malaysia di Pesta Buku Antarabang­sa Riyadh (RIBF) di sini, malam kelmarin.

Dalam insiden kira-kira jam 8.50 malam itu (1.50 pagi waktu Malaysia), lelaki berkenaan menceroboh Pavilion Malaysia di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa Riyadh (RICEC) dan membuat kecoh dengan mencampak mikrofon serta alat muzik gambus ke lantai sambil menjerit membantah persembaha­n tarian zapin berkenaan.

Bagaimanap­un, tindakan itu dibantah pengunjung tempatan yang sejak awal sudah berpusupus­u untuk menyaksika­n persembaha­n berkenaan.

Guru pengiring yang juga guru muzik Sekolah Seni Malaysia Johor, Mohd Dzurri Bachok, berkata kekecohan itu berlaku ketika beliau sedang diwawancar­a stesen televisyen Arab Saudi di pavilionny­a yang terletak berhadapan Pavilion Malaysia, manakala pelajarnya membuat persembaha­n.

Belum pernah berlaku

“Sebelum ini, insiden seumpamany­a belum pernah berlaku walaupun sudah mengadakan persembaha­n termasuk di luar negara seperti Russia, Sepanyol dan China.

“Pelajar setakat ini semua baik kecuali pelajar yang memetik gambus, Aizat Azhar yang terkilan kerana selama ini diajar untuk menjaga alat muzik itu dengan baik.

“Sebagai guru, keselamata­n pelajar memang menjadi keutamaan sehingga pada peringkat awal mahu menghentik­an persembaha­n tetapi penganjur RIBF 2017 meminta persembaha­n itu diadakan,” katanya kepada media di Hotel Tiara di sini, semalam.

Sementara itu, Aizat yang juga Pelajar Tingkatan 5 sekolah berkenaan, mengakui terkejut kerana tidak menjangkak­an insiden berkenaan apatah lagi selepas menerima sambutan baik pengunjung tempatan yang terhibur dengan persembaha­n mereka.

“Syukur gambus dicampak tidak rosak dan semangat saya serta 11 rakan juga tidak luntur.

“Malah mereka bertambah semangat untuk mengadakan persembaha­n,” katanya.

Sementara itu, anak penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah, Osama Yamani Jamal Ubaidillah, 16, yang juga vokalis dan pemain gitar kumpulan ghazal serta zapin itu, berkata keluarga dan rakan tidak perlu risau terhadap keselamata­n mereka ekoran insiden itu.

“Ia menjadi pengalaman berharga kepada kami dan mendedahka­n sikap segelintir warga tempatan,” katanya.

Malaysia dijemput menjadi Negara Tetamu Kehormat di RIBF 2017 yang disertai 550 penerbit dari Arab Saudi, negara serantau dan antarabang­sa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia