Berita Harian

Sindiket seludup dadah RM50 juta tumpas

2.5 juta Erimin 5 ditemui dalam 15 sofa, lima meja kopi

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Sindiket penyeludup­an dadah membabitka­n 2.5 juta pil Erimin 5 bernilai kirakira RM50 juta yang dibalut kertas aluminium dan disorok dalam sofa serta meja kopi, berjaya lolos melalui jalan laut dari Taiwan ke negara ini.

Menggunaka­n kontena dipercayai diisytihar­kan membawa perabot, sindiket didalangi warga tempatan itu menyeludup dadah yang sudah siap dibungkus paket sebelum dibalut kertas aluminium.

Balutan berkenaan kemudian disusun di dalam 15 sofa dan lima meja kopi untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Menerusi risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dibantu Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), satu tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki di Klang, pada Rabu lalu.

Kontena dari Taiwan

Susulan itu, polis melakukan pemeriksaa­n ke atas sebuah kontena dari Taiwan yang dibawa masuk menerusi Pelabuhan Klang dan menemui dadah dianggarka­n bernilai RM50 juta disorok dalam 20 perabot di dalam kontena terbabit.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata soal siasat ke atas suspek pertama turut membawa penahanan sembilan lagi suspek menerusi enam serbuan berasingan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang pada Rabu dan kelmarin.

“Dalam serbuan di sebuah kondominiu­m di Taman Gembira di sini, kita menahan seorang suspek dan merampas 800 biji pil ecstacy yang disimpan dalam kediaman itu.

“Semua 10 suspek yang ditahan adalah lelaki tempatan berusia antara 31 hingga 57 tahun dan kita masih memburu saki-baki anggota sindiket itu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Rampasan terbesar

Katanya, menerusi tujuh serbuan itu juga, polis turut merampas pelbagai mata wang asing dan tempatan bernilai RM900,000, lima kenderaan termasuk dua kenderaan mewah Mercedes Benz, sembilan jam tangan mewah dan pelbagai barang kemas dianggarka­n bernilai RM2 juta.

Mohd Mokhtar berkata, ia rampasan terbesar dalam beberapa tahun kebelakang­an ini, hasil maklumat risikan dan kerjasama rapat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Beliau berkata, dadah berkenaan untuk pasaran tempatan, selain diseludup ke Singapura, Indonesia dan Thailand.

Katanya, semua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia