Berita Harian

BIMB Invest lancar dana ekuiti patuh syariah-esg

Sesuai bagi pelabur mahukan pendedahan saham, peningkata­n modal

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

BIMB Investment Management Bhd (BIMB Invest) melancarka­n dana ekuiti tempatan patuh syariah dan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) pertama di Malaysia dikenali Bimb-arabesque Malaysia ShariahESG Equity Fund.

Dana itu adalah hasil kerjasama berterusan BIMB Invest dengan pengurus aset global, Arabesque Asset Management Holding Ltd, United Kingdom (UK).

Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Invest, Najmuddin Mohd Lutfi, berkata dana itu sesuai untuk pela- bur yang mahukan pendedahan kepada saham Malaysia yang patuh syariah dan ESG, serta peningkata­n modal dalam jangka sederhana hingga jangka panjang.

Syarikat senarai awam

Katanya, dana itu akan dilaburkan dalam syarikat senaraian awam di negara ini dengan menggunaka­n teknologi kepintaran buatan (AI).

Beliau berkata, langganan dana itu boleh dibuat dalam ringgit, dolar Amerika Syarikat (AS), euro dan dolar Singapura dengan pelaburan permulaan minimum RM500, AS$500, 50 euro atau S$500.

“Dana ini akan dilabur dalam ekuiti tersenarai yang mana sekurang-kurangnya 70 peratus portfolio diperuntuk­kan kepada syarikat Malaysia dan sehingga 30 peratus kepada syarikat global,” katanya pada pelancaran dana itu di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi BIMB Invest, Khairul Kamarudin.

Mengulas lanjut mengenai dana Bimb-arabesque Malaysia Shariahesg Equity Fund, Najmuddin berkata, pihaknya menyasarka­n saiz dana itu berjumlah RM100 juta dalam tempoh setahun.

Pengurusan berkembang

Katanya, BIMB Invest bercadang untuk melabur dana berkenaan dalam 60 hingga 80 syarikat Malaysia.

Mengulas mengenai pertum- buhan aset di bawah pengurusan BIMB Invest tahun ini, Najmuddin berkata, pihaknya mengunjurk­an aset di bawah pengurusan­nya dijangka berkembang 15 peratus tahun ini, disokong pertumbuha­n kukuh dari perniagaan runcit dan institusin­ya.

Beliau berkata, pihaknya juga bercadang untuk melancarka­n dana baharu pada separuh kedua tahun ini.

Bimb-arabesque Malaysia Shariah-esg Equity Fund boleh didapati di semua 145 cawangan Bank Islam di seluruh negara dan melalui perunding pelaburan BIMB Invest bermula kelmarin.

Ia juga boleh didapati di www. fundsuperm­art.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia