Berita Harian

Airbus perluas latihan simulasi helikopter

Kemudahan di Subang mampu tampung pengembang­an operasi syarikat

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Airbus, gergasi aeroangkas­a dunia, terus menyokong pertumbuha­n Airbus Helicopter­s Malaysia dengan meletakkan negara sebagai hab latihan simulasi penerbanga­n penuh helikopter H225 untuk kegunaan sivil dan ketenteraa­n di Asia Tenggara.

Pengurus Besar dan Ketua Latihan Serantau Pusat Simulasi Helikopter Airbus, Bernard Josseaux, berkata walaupun Singapura, China, Australia dan Jepun turut menyediaka­n latihan simulasi, Malaysia menjadi satusatu negara memiliki kemudahan yang mampu menempatka­n dua simulasi dalam satu kawasan.

Katanya, ketika ini kemudahan simulasi di Subang, Selangor itu menyediaka­n latihan untuk penerbanga­n H225/H225M dengan 2,500 jam penerbanga­n setahun.

“Di Malaysia kami baru memiliki satu simulasi yang mana berdasarka­n jumlah latihan penerbanga­n simulasi yang disediakan kini sudah mencecah kapasiti 80 peratus.

“Namun, kemudahan Subang ini masih ada satu ruang simulasi yang masih kosong dan tersedia untuk pengembang­an operasi latihan kumpulan pada masa depan, bukti kedudukan penting Malaysia sebagai hab latihan kumpulan di rantau ini,” katanya ketika kunjungan media ke kemudahan simulasi Subang, semalam.

Kaji arah tuju pasaran

Setakat ini, kemudahan simulasi di Malaysia sudah melatih lebih 1,100 juruterban­g yang menjalani latihan 10,000 jam penerbanga­n. Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan mengkaji dan melihat arah tuju pasaran terlebih dulu sebelum menentukan pelaburan untuk menambah satu lagi simu lasi di ruang tersedia yang terletak bersebelah­an simulasi penerbanga­n H225/H225.

“Kami belum dapat menentukan model apa yang akan mendapat sambutan di pasaran ini sama ada H175, H160 atau H145, yang mana ia akan menentukan model jenis apa yang akan dibangunka­n simulasiny­a.

“Namun dengan kepakaran tenaga kerja yang dimiliki pekerja Malaysia serta kesediaan kemudahan ini untuk menampung satu lagi simulasi, ia menyampaik­an maksud bahawa kami sentiasa bersedia untuk pengembang­an baharu kumpulan di negara ini,” katanya.

 ?? [ FOTO ASYRAF HAMZAHI/BH ] ??
[ FOTO ASYRAF HAMZAHI/BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia