Berita Harian

Elyana selesa imej ‘kaki ayam’

Teliti protokol, aspek keselamata­n sebelum tampil buat persembaha­n tanpa sepatu

- Oleh Hidayah Mohammad

Shid_mohd@bh.com.my

ekitar 15 tahun lalu, namanya memuncak menerusi lagu

dan

Seiring populariti yang digenggami, Elyana juga terpalit kontrovers­i apabila dikecam gara-gara imejnya yang kurang disenangi ramai.

Ia tercetus apabila Elyana, 29 atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, secara spontan membuka sepatu bertumit tinggi

Tidak selesa berkasut

Isu itu berlarutan apabila tampil dengan aksi yang sama hingga dikatakan memalukan negara ketika beraksi di pentas

Rentetan isu itu, Elyana yang mengakui tidak selesa berkasut tumit tinggi di pentas diberi jolokan ‘penyanyi berkaki ayam’, malah label itu terus sinonim dengannya hingga hari ini.

Tidak terkesan dengan isu itu, Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2002 nekad mengekalka­n imej itu selagi ia bersesuaia­n acara.

Bagi Elyana, imej unik dan beraninya itu bukan satu kesalahan atau memberi masalah kepada orang lain.

“Saya akan kekal dengan imej berkaki ayam jika membuat persembaha­n.

“Namun, ia bergantung kepada keadaan, situasi dan protokol sesuatu acara. Saya tidak akan sewenang-wenangnya menanggalk­an kasut tanpa menilai dulu situasi sekeliling.

“Jika acara yang disertai dihadiri tetamu kenamaan atau VIP, saya pasti akan menyarung kasut bagi menghormat­i majlis. Keselamata­n juga menjadi faktor utama kerana keadaan pentas juga memainkan peranan.

Tak kisah berkaki ayam

“Jika kotor dan tidak selamat seperti ada paku atau bahan berbahaya lain, saya akan memakai kasut. Jika tidak, saya tidak kisah berkaki ayam,” katanya ketika ditemui sempena siri jelajah Lawak Karoks Tour di Johor Bahru, baru-baru ini.

Elyana berkata, ketika dikritik hebat, dirinya masih muda dan selesa mengambil pendekatan memekakkan telinga serta membutakan mata. Selagi tindakanny­a itu tidak menjatuhka­n maruah atau memalukan negara, Elyana tidak takut mempertaha­nkan imejnya.

“Ketika muda, saya keras hati dan kepala. Ketika itu, apa saja yang terlintas di fikiran, saya akan lakukan tanpa mengambil pusing apa cakap orang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia