Berita Harian

Aktor beristeri pantang nampak wanita berdahi licin

-

Sudah berkahwin tapi masih bersemanga­t jual saham ke hulu ke hilir. Apa agaknya yang diingini aktor ini ye? Oh... rupa-rupanya taburan janji manis sudah sinonim buatnya.

Kak Pora tak suka membebel sebenarnya. Lagi-lagi waktu hujung minggu, ketika orang mahu bersantai sambil golek-golek tengok filem menarik di depan televisyen.

Berbalik kepada perangai kaki perempuan aktor terbabit, khabarnya modus operandi yang dijalankan­nya tetap sama. Pantang nampak wanita berdahi licin, aktor ini akan mengumpan pelbagai ayat manis yang membuai hingga mereka yang menjadi mangsanya hilang pertimbang­an diri.

Mencuba nasib

Paling disukai adalah kelompok rakan selebriti. Pantang nampak cantik, popular, bergetah dan mempunyai sumber Sekalipun mahu bergurau, Haqiem perlu tahu batasan. Sebagai penyanyi muda, perlu ada hormat kepada orang yang lebih dewasa. Haqiem perlu banyak belajar jika mahu bakat diperhatik­an.

Kak Pora harap Haqiem terima teguran ini dengan berlapang dada. Bukan apa, sayang kerana Haqiem mempunyai bakat besar. Jangan kerana sikap dan perangai, orang meluat. Sudah banyak berlaku dan Kak Pora harap, Haqiem cepat belajar. kewangan kukuh, pasti aktor ini akan mencuba nasib. Kak Pora ingat hobi mengumpul

‘kekasih sambilan’ ini sekadar suka-suka.

Tetapi apabila dikhabarka­n rumah tangga seorang pelakon yang tidak kurang popularnya berantakan penangan aktor ini, tersentak juga Kak Pora. Selepas wanita itu berpisah, dengarnya pelakon itu terus angkat kaki. Apa kes?

Mungkin rasa debaran bercinta dengan isteri orang lebih menyeronok­kan berbanding dengan mereka yang solo? Kak Pora tak mahu salahkan sebelah pihak saja. Kalau yang wanita pun sama naik dan jenis melayan, memang sengaja masuk jerat. Walhal sudah tahu latar belakang si lelaki yang berstatus suami dan bapa.

 ??  ?? Mesranya Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong dalam filem Kimchi Untuk Awak hingga membuat penonton terbuai dengan percintaan mereka. Tak sabar Kak Pora menanti filem itu ditayangka­n.
Mesranya Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong dalam filem Kimchi Untuk Awak hingga membuat penonton terbuai dengan percintaan mereka. Tak sabar Kak Pora menanti filem itu ditayangka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia