Berita Harian

Haqiem Rusli!

-

Kak Pora menyambut positif kemunculan bakat baharu yang mewarnai industri hiburan. Meskipun hanya segelintir yang berjaya mencuri perhatian, Kak Pora berbangga kerana semangat mereka tidak pernah padam untuk memastikan industri hiburan tempatan terus bernafas.

Dalam ramai bakat baharu yang muncul,

Kak Pora tertarik dengan penyanyi lagu Segalanya iaitu Haqiem Rosli. Kali pertama mendengar nyanyianny­a, Kak Pora terus tertarik dengan penghayata­n Haqiem yang cukup meruntun rasa.

Tak segan Kak Pora mengaku, lagu itu sering menemani ketika Kak Pora memandu sendirian. Pendek kata, Segalanya menjadi lagu kegemaran Kak Pora ketika ini. Tetapi apabila Kak Pora cuba mengenali siapa penyanyi ini, tiba-tiba ada pula yang mengkhabar­kan sesuatu yang kurang enak mengenai Haqiem. Buat perangai apa pula ni?

Ungkit kisah lama

Teman Kak Pora yang pernah beberapa kali menemu bual Haqiem memberitah­u, penyanyi itu tidak habishabis mengungkit kisah lamanya. Setahu Kak Pora, Haqiem pernah mencuba bakat dalam satu program realiti tetapi tidak terpilih.

Mungkin Haqiem ingin memberitah­u, biarpun tanpa platform program realiti tetapi bakatnya tetap mendapat perhatian. Namanya tetap popular.

Cara Haqiem bercerita itu, seolah-olah ingin melepaskan ‘dendam’ yang terbuku di hati. Kenapa begitu Haqiem?

Sudah-sudahlah dan rasanya, tidak perlu berulang kali Haqiem mengulangi kenyataan itu. Cara Haqiem itu seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan takdir. Mungkin ketika itu, belum rezeki Haqiem untuk dikenali dan popular.

Jaga adab

Lagi satu, paling Kak Pora terkejut apabila menonton aksinya dalam program MELETOP, baru-baru ini. Ketika pengacara rancangan itu, Nabil mahu bergurau dan tersentuh rambutnya, meluncur laju keluar daripada mulut Haqiem perkataan ‘kurang ajar’.

Mungkin Haqiem tidak suka rambutnya disentuh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia