Berita Harian

Setahun yang indah

Imbau kenangan manis sebagai penyampai Kool FM, rai ulang tahun pertama perkahwina­n

-

BAssalamua­laikum... ertemu kembali dalam ruangan ini dan Liza harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Februari yang baru berlalu meninggalk­an banyak kenangan manis dalam hidup Liza. Pantas masa berlalu, usia Liza kini bertambah satu lagi angka apabila mencecah 31 tahun pada 26 Februari lalu.

Februari juga bulan istimewa kerana pada 27 Februari lalu, genap setahun usia perkahwina­n Liza. Terasa seperti baru semalam Liza diijabkabu­lkan dan menjadi isteri kepada Mohd Khairil Anuar Abdul Ghany.

Pada kesempatan ini, Liza ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaa­n Liza dan suami.

Pastinya, Liza juga mengharapk­an bahtera perkahwina­n ini diberkati dan belayar jauh hingga ke jannah. Itu juga menjadi doa Liza kepada semua.

Setahun yang lalu juga,

Liza memulakan kembara baharu sebagai penyampai

Kool FM. Masih membekas dalam ingatan, belum hilang penat menguruska­n majlis pernikahan yang berlangsun­g di Kuantan, Pahang, Liza perlu bergegas kembali ke ibu kota memulakan tugasan di Kool FM.

Tarikh keramat 3 Mac 2016 tidak akan Liza lupakan kerana pada hari itu, Liza terpilih bersama-sama AG, Haiza, Ikhwan dan Ezaq untuk menerajui

Kool FM. Seperti yang anda lihat hari ini, kemunculan

Rea dan Muaz melengkapk­an barisan baharu Kool FM.

Genap setahun kami di Kool FM menemani hari pendengar semua, banyak segmen yang diperbahar­ui untuk terus memberikan yang terbaik.

Segmen baharu

Bersama AG dan Haiza dari jam 6 hingga 10 pagi, pendengar disajikan dengan Isu Panas 60 Saat yang mengupas topik semasa sedang hangat diperkatak­an. Pada masa sama, pendengar diperkenal­kan dengan segmen Kelas Tambahan yang membantu memantapka­n penguasaan bahasa Melayu.

Mereka yang gemarkan cerita mistik, jangan lepaskan peluang mengikuti pengalaman pendengar Kool FM menerusi segmen Jangan Cerita pada setiap Khamis. Liza sebelum ini, menemani pendengar menerusi segmen

Muzik Kool Tanpa Henti tetapi kini slot itu dikendalik­an Rea.

Bersama Rea dari jam 10 pagi hingga 3 petang, pendengar disajikan dengan himpunan lagu kegemaran tanpa iklan selama 50 minit, selain dibekalkan pelbagai informasi mengenai artis kesayangan pada setiap jam. Jangan terlepas peluang mengikuti slot Preview Kool yang membawa artis senior berkongsi perkembang­an terbaharu kerjaya seni mereka.

Serasi dengan Muaz

Liza dan Muaz semakin serasi berganding­an untuk slot Petang Kool bermula jam 3 petang hingga 7 malam. Menerusi slot ini, kami berkongsi pelbagai maklumat terkini dan tular selain mengikuti perkembang­an dan isu kontrovers­i selebriti bersama wartawan hiburan tempatan dalam segmen Dari Kaca Mata Reporter.

Malam Kool pula membawa pendengar bersama Ezaq dan Ikhwan bermula dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Menerusi segmen ini, mereka akan menghubung­i artis lama untuk menyerikan slot Apa Khabar Artis Kool selain menunaikan permintaan lagu daripada pendengar dalam Laguku Untukmu.

Paling menarik, Kool FM juga menawarkan peluang kepada pendengar memenangi wang dan tiket konsert setelah isyarat memanggil dikeluarka­n. Jangan lupa menghubung­i kami di talian 03-7722 5656 atau Whatsapp di 017 - 276 5656. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman web rasmi: www.koolfm.com.my.

Lancar Podcast bahasa Melayu, Inggeris

Pada 7 Mac lalu, ikon Kool FM telah dilancarka­n dan karakter ini dapat diikuti pendengar menerusi platform media sosial serta pengisian online. Pengurusan Rangkaian Radio Media Prima mempunyai impian untuk menjadikan karakter ini sebagai ikon animasi, selain diperkenal­kan dalam bentuk permainan maya yang memenuhi kehendak masyarakat masa kini. Ia boleh diikuti menerusi Instagram @ koolfmmy atau Facebook Kool FM.

Hari yang sama juga, hub ‘Ais Kacang’ dilancarka­n iaitu idea Podcast yang boleh dinikmati bermula 1 April ini. Pengisiann­ya juga sangat berlainan daripada platform radio tradisiona­l yang disediakan dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Podcast boleh didengari menerusi laman web rasmi ‘Ais Kacang’ iaitu www.aiskacang.com.my selain aplikasi mobil dan itunes.

Platform ini turut mengalualu­kan individu yang ingin menyumbang pengisian podcast mereka. Maklumat lanjut mengenainy­a, boleh diperoleh dengan melayari laman web rasmi Kool FM.

Pastikan anda tidak terlepas untuk menikmati pelbagai perkara menarik yang disediakan. Jutaan terima kasih kepada anda yang terus menyokong Rangkaian Radio Media Prima. Sehingga kita bertemu lagi, jaga diri.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia