Berita Harian

Pengukuhan dolar lonjak saham Jerun

-

Saham Jepun melonjak pada Jumaat selepas dolar mengukuh berbanding yen menjelang pengumuman data pekerjaan utama Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, firma tenaga Asia bercampur-campur susulan satu lagi aktiviti jualan besar-besaran dalam pasaran minyak.

Memandangk­an Rizab Persekutua­n (Fed) hampir pasti menaikkan kadar faedah AS pada mesyuarat paling dinanti-nantikan minggu depan, pengumuman laporan gaji bukan ladang lewat semalam akan memberikan lebih banyak petunjuk berhubung rancangan pengawal selia pada tahun ini.

Nikkei Jepun ditutup tinggi 1.5 peratus, melepasi kerugian empat hari berturut-turut pada Khamis.

“Kini, pasaran kelihatan yakin bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah, sementara pelabur menjangkak­an data yang menggalakk­an bagi penggajian AS,” kata Broker di Iwaicosmo Securities, Toshikazu Horiuchi kepada AFP.

Dolar juga meneruskan kenaikan berbanding pound yang terjejas dan ia dijangka terus mengukuh berbanding euro yang mendapat rangsangan selepas Ketua Bank Pusat Eropah (ECB), mengumumka­n unjuran positif ke atas ekonomi zon euro.

ECB meningkatk­an unjuran pertumbuha­n ekonomi dan inflasi tahun ini walaupun Draghi memberi isyarat bahawa ia tidak lagi melihat keperluan segera untuk menjalanka­n apa-apa langkah sokongan tambahan, bermakna tidak akan ada peningkata­n suntikan euro dalam sistem ekonomi.

Hong Kong meningkat 0.3 peratus, Sydney menambah 0.6 peratus dan Singapura meningkat 0.5 peratus tetapi Shanghai susut 0.1 peratus.

Seoul menokok 0.3 peratus selepas pelabur tidak berganjak daripada laporan pemecatan Presiden, Park Geun-hye oleh Mahkamah Perlembaga­an, menjadikan beliau ketua negara pertama dipecat dengan cara sedemikian. Mata wang won juga meningkat sedikit.

 ?? [ FOTO AFP] ?? Pejalan kaki melintasi papan elektronik yang memaparkan harga pasaran di Tokyo, semalam.
[ FOTO AFP] Pejalan kaki melintasi papan elektronik yang memaparkan harga pasaran di Tokyo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia