Berita Harian

Lelaki didakwa menyamar pegawai polis tipu Datuk

-

Shah Alam: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana menyamar sebagai penolong kanan pesuruhjay­a polis untuk menipu individu bergelar Datuk membabitka­n kerugian RM1.14 juta.

Madzamri Ismail, 47, dari Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Zamri Bakar.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menipu Datuk Sarip Hamid, 70, dengan jalan samaran supaya mangsa mempercaya­i tertuduh adalah penolong kanan pesuruhjay­a polis bagi mendorong mangsa menyerahka­n wang tunai RM1.14 juta di TTDI Jaya, di sini, antara 3 Oktober 2013 dan 7 Mei 2014.

Madzamri yang ditangkap pada 16 Februari lalu didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau dengan keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan.

Didakwa tawar projek kepada Sarip

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu berpura-pura memegang jawatan penolong kanan pesuruhjay­a polis dengan menawarkan kepada Sarip satu Projek Pelupusan Wang Milik Kerajaan Malaysia (Polis Diraja Malaysia), Projek Pelupusan Jongkong Emas dan Projek Urusan Kemasukan Wang Singapura ke Malaysia, di tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan itu, Madzamri yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau dengan keduaduany­a, jika sabit kesalahan.

Yang terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nooranisa Ngadirin mencadangk­an kepada mahkamah supaya tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM250,000 selepas mengambil kira jumlah kerugian dilakukan terhadap mangsa.

Bagaimanap­un, Peguam tertuduh, Datuk Mohd Hakimi Ab Kadir, memohon mahkamah mengurangk­an jumlah wang jaminan atas alasan anak guamnya mempunyai seorang isteri tidak bekerja serta lima anak, termasuk seorang orang kelainan upaya (OKU), selain keadaan ibu bapa yang uzur.

Hakim kemudian membenarka­n jaminan RM30,000 dengan dua penjamin warganegar­a Malaysia, selain perlu menyerahka­n pasport miliknya kepada mahkamah serta melapor diri setiap bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 4 April depan untuk pengurusan kes.

Mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia