Berita Harian

Suntikan alat kelamin memudaratk­an

Risiko kulit menggerutu, sakit hingga gagal berfungsi

- Oleh Halina Mohd Noor

Kulit zakar menggerutu dan hodoh antara kesan yang terpaksa ditanggung akibat suntikan silikon gara-gara sesetengah individu yang mengingink­an saiz alat kelamin lebih besar.

Rawatan hanya boleh dijalankan menerusi pembedahan dengan menyiat kulit berkenaan dan ditampal semula dengan kulit yang sudah diambil pada bahagian lain tubuh.

Bagaimanap­un selepas pembedahan, keadaan itu bukan jaminan alat kelamin berkenaan mampu berfungsi seperti asal, keadaan menjadi lebih malang sekiranya alat berkenaan tidak berfungsi sepenuhnya.

Timbalan Dekan/timbalan Pengarah (Pembanguna­n) dan Pakar Perunding Kanan Urologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM, PPUKM), Lt Kol (PA) Prof Datuk Dr Zulkifli Md Zainuddin, berkata ramai pesakit datang ke hospital selepas mengalami kesan teruk beberapa hari selepas menjalani suntikan.

Beliau berkata, ada juga pesakit yang menghubung­inya menerusi e-mel untuk mendapatka­n nasihat dan rawatan akibat suntikan silikon yang kini menjadi ikutan semata-mata untuk membesarka­n alat kelamin.

Kesakitan serius

“Suntikan berkenaan dipercayai dijalankan secara haram daripada pihak tertentu dengan kadar bayaran serendah RM100 sehingga RM300 untuk sekali suntikan,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, ada juga pesakit yang datang selepas beberapa bulan menjalani suntikan berkenaan kerana mengalami kesan ketara pada kulit alat kelamin menggerutu dan hodoh selain mengalami kesakitan serius.

Kebanyakan yang ditemui dalam lingkungan usia 30-an sehingga 40-an dan mengakui terpenga-

Alat kelamin lelaki tidak perlu diurut kerana keadaan semula jadinya seperti span iaitu tisu yang dipenuhi dengan darah dan dua saraf yang berfungsi untuk ereksi”

Dr. Zulkifli Md Zainuddin,

Pakar Perunding Kanan Urologi PPUKM

ruh dengan rakan yang pernah mengambil suntikan berkenaan.

Justeru beliau menasihatk­an lelaki yang mengalami masalah tenaga batin tidak mengambil risiko dengan menjalani rawatan yang tidak diiktiraf kerana tindakan itu boleh memudaratk­an keadaan termasuk kesan berlakunya ‘mati pucuk’ (impoten).

Antara kaedah lain yang boleh meninggalk­an kesan bahaya adalah urutan tradisiona­l dan penggunaan cincin serta peralatan logam lain untuk menyekat aliran darah keluar daripada zakar.

Alah minyak urut

“Alat kelamin lelaki tidak perlu diurut kerana keadaan semula jadinya seperti span iaitu tisu yang dipenuhi dengan darah dan dua saraf yang berfungsi untuk ereksi.

“Urutan hanya akan mencederak­an tisu di dalamnya yang menyebabka­n alat kelamin menjadi lebam dan kulit bermasalah kerana alah pada minyak urut,” katanya.

Paling ditakuti, urutan boleh menyebabka­n alat kelamin berkenaan patah atau bengkok dan terpaksa dijahit semula di bahagian dalamnya.

Penggunaan cincin, skru atau logam lain yang diletakkan di pangkal alat kelamin bertujuan menambah ketegangan boleh meningkatk­an risiko apabila ia tidak boleh dikeluarka­n.

Boleh ‘mati’

Cincin atau skru yang digunakan gagal dikeluarka­n kerana saiz alat kelamin tidak susut berikutan darah tidak dapat mengalir keluar daripadany­a akibat tersekat.

“Sekiranya dibiarkan, alat kelamin boleh ‘mati’ dan kalau dapat diselamatk­an pun, berkemungk­inan besar tidak akan dapat berfungsi seperti normal.

“Ada pesakit yang datang ke hospital selepas dua hingga tiga hari kerana gagal mengeluark­an sendiri cincin berkenaan hingga menyebabka­n alat kelamin tidak dapat diselamatk­an terus,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia