Berita Harian

Kolagen kaki ayam tegangkan kulit

Sumber selamat, murah berbanding pilmakanan tambahan

- Oleh Halina Mohd Noor

Apakah kolagen? Protein di dalam tubuh.

Fungsi kolagen?

Mengukuhka­n struktur seluruh tubuh.

Terdapat pada: Tulang

Otot

Kulit

Tendon

Usah membazir wang membeli makanan tambahan mengandung­i kolagen bagi mendapatka­n kulit tegang kerana khasiatnya boleh diperoleh daripada sumber makanan semula jadi.

Kaki ayam sebagai contoh mungkin kurang menarik dimakan tetapi mengandung­i paling tinggi kandungan kolagen selain kulit kaki ketam.

Bagaimanap­un, kulit kaki ketam tidak boleh dimakan kerana keras berbanding kaki ayam yang boleh dibuat sup atau kerabu seperti yang terkenal di Thailand.

Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Razinah Mohd Sharif, berkata kolagen dalam bentuk makanan tambahan dan pil hanya mendatangk­an mudarat kepada kesihatan jika diambil atau dimakan sembaranga­n.

Elak suntikan

Kolagen daripada sumber makanan kata beliau, adalah lebih baik dan selamat berbanding dalam bentuk lain selain mudah didapati dan murah.

“Jadikan makanan sebagai ‘pakar kecantikan’ kita, bukannya makanan tambahan mahupun suntikan,” katanya.

Penyelidik­an sekumpulan pakar Jabatan Sains Haiwan Kebangsaan, Universiti Chunghsing di Taiwan, mendapati kaki ayam mengandung­i banyak kolagen.

Kajian itu juga membuktika­n kaki ayam adalah sumber alternatif untuk kolagen, selain lembu dan ikan marin.

Kaki ayam terdiri daripada tulang, kulit dan tidak ada otot yang penuh dengan protein, kalsium, kolagen dan rawan yang mudah diserap oleh badan.

Rumpai laut kaya anti oksidan

Selain kaki ayam, sumber makanan lain yang kaya dengan kolagen adalah rumpai laut yang banyak terdapat di Sabah.

Selain kolagen, sumber makanan tambahan baik untuk kulit adalah yang mengandung­i glutathion­e yang bertindak sebagai anti oksidan dan detox semula jadi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia