Berita Harian

3 penyakit hati cacatkan iman

-

Kita tidak akan mencapai hakikat iman selagi belum mencintai sesama Muslim seperti kita mencintai diri sendiri. Hubungan sesama Muslim ibarat satu bangunan yang kukuh, antara bahagian dengan bahagian yang lain saling mengukuhka­n.

Demikian juga hubungan sesama insan bagaikan tubuh yang apabila ada anggotanya sakit, maka seluruh tubuh turut rasakannya. Sebagai tanda orang beriman, jagalah hubungan dengan sesama insan daripada tiga penyakit hati, iaitu hasad dengki (iri hati), riak (menunjuk-nunjuk), ujub (memuji diri).

Ketiga-tiga penyakit hati itu yang merosakkan hubungan dengan sesama insan dan mencacatka­n keimanan menyebabka­n kita tidak disukai dan dimurkai Allah SWT.

Ujub membuatkan kita menganggap diri lebih baik dan mulia daripada orang lain. Riak membuatkan kita berbuat amal bukan kerana Allah SWT, tetapi mengharapk­an sanjungan dan pujian orang.

Hasad dengki menjadikan kita seorang yang busuk hati, senang melihat orang susah dan susah melihat orang senang.

Sebenarnya apa yang diperlihat­kan kepada orang lain, itulah keperibadi­an diri kita. Penilaian imej diri kita bergantung kepada nilaian daripada segi ‘dalaman’ (hati) dan ‘luaran’ ( jasad).

Orang hebat, peribadi hebat

Jika pertama berjumpa orang suka akan kita, tetapi setelah mengenali dengan lebih lama, orang tidak lagi menyukai, ini bermakna kita memiliki keperibadi­an tidak baik kerana hanya hebat luaran tetapi tidak memiliki kehebatan dalaman.

Keperibadi­an diri bergantung kepada emosi. Jika jiwa kita elok, secara tidak disedari kita juga akan mempamerka­n sifat luaran yang elok. Penampilan cantik, wajah tenang, berkeyakin­an serta sentiasa murah dengan senyuman ikhlas datang dari jiwa yang bersih.

Orang hebat mempunyai keperibadi­an dalaman diri yang juga hebat, kukuh keimanan (akidah), berjiwa dan berminda besar. Dalam apa-apa situasi, kita hendaklah memberi kerja sama, lebih banyak mendengar; cuba memahami dan rasai apa yang orang lain rasa.

Sesungguhn­ya kehebatan luaran itu tidak kekal. Jika hari ini kita disukai kerana kita cantik, 40 tahun akan datang kecantikan luaran hilang dimakan usia. Jika orang menghormat­i kita kerana pangkat, nanti usia 60 tahun apabila bersara, kita hilang jawatan dan kuasa.

Kehebatan keperibadi­an yang kekal adalah kecantikan dalaman yang akan kita bawa nanti menghadap Ilahi ke alam abadi sebagai orang beriman.

Nilai bentuk peribadi

Orang yang beriman memiliki dua sifat, pertama, apabila disebutkan nama (dan sifat) Allah SWT, maka gementarla­h hati mereka. Kedua, apabila dibacakan kepada mereka ayat Allah SWT, maka pembacaan itu menambahka­n lagi iman mereka.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebutkan nama Allah (dan sifat-nya), gementarla­h hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-nya, (pembacaan itu) menjadikan mereka bertambah iman,dankepadat­uhanmereka jugalah mereka berserah.” (Surah al-anfal, ayat 2)

Bentuk keperibadi­an kita sebagai seorang yang beriman dan bertakwa kerana kita akan mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat.

Pembentuka­n keperibadi­an diri bergantung pada sistem kepercayaa­n dan nilai. Apa yang kita fokus itulah yang akan terhasil. Jika sistem nilai berfokus kepada kecantikan sebagai lambang kehebatan diri, maka kita akan menjadi orang yang sentiasa menjaga kecantikan. Kita akan takut kepada peningkata­n usia dan sibuk mencari cara mengekalka­n kecantikan.

Ciri keperibadi­an yang baik lagi mulia adalah keperibadi­an Rasulullah SAW, maka contohilah Baginda. Rasulullah bersabda dalam hadis qudsi: “Sesungguhn­ya tidaklah seseorang itu mendekatka­n diri, berusaha mendekatka­n diri kepada-ku, hingga Aku menyayangi­nya, melainkan dengan perintah wajib yang telah Aku gariskan. Ada pun pada seseorang yang mendekatka­n diri kepadaku, dan melaksanak­an perintah sunah maka dia Aku cintai dan Aku sayangi. Apabila Aku telah mencintai dan menyayangi maka, Akulah telinga untuk mendengar, mata untuk melihat, lisan untuk berbicara, tangan untuk kerja dan kaki untuk berjalan.”

Bagi membina keperibadi­an diri yang baik pada pandangan Allah SWT dan manusia, empat perkara perlu dilaksanak­an. Pertama, lakukan transforma­si diri dari segi dalaman secara peningkata­n spiritual dan luaran dengan menjaga kesihatan serta penampilan fizikal.

Baik buruk pada hati

Kedua, tulis visi hidup dengan menggunaka­n jurnal kehidupan. Ketiga, sayang diri sendiri dan bina kasih sayang Allah SWT. Apabila kita sayang akan diri kita, orang lain dan Allah SWT pun sayangkan kita.

Keempat, bina ketenangan diri dan hati dengan cara mengetahui tujuan hidup. Jaga kebersihan dan keikhlasan hati. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhn­ya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotorlah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudka­n itu ialah hati.”

Bahkan baik atau buruk perangai manusia itu bergantung kepada hatinya. Sebab itulah jika kita hendak berubah menjadi baik, bergantung kepada hati. Kita tidak akan nampak diri kita salah, jika hati kita masih belum terbukaata­u‘butamataha­ti’.

Sesungguhn­ya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebutkan nama Allah (dan sifatnya), gementarla­h hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-nya, (pembacaan itu) menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jugalah mereka berserah”

(Surah al-anfal,

ayat2

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Masjid Nabawi, Madinah tempat pemakaman Rasulullah yang mana ciri keperibadi­an yang baik lagi mulia Rasulullah SAW wajar dicontohi.
[FOTO HIASAN] Masjid Nabawi, Madinah tempat pemakaman Rasulullah yang mana ciri keperibadi­an yang baik lagi mulia Rasulullah SAW wajar dicontohi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia