Berita Harian

Kampung Cina nadi Kuala Terengganu

Warisan lebih 300 tahun terus dipulihara untuk tatapan pengunjung

- Oleh Baharom Bakar

Kampung Cina yang terletak di tengah bandar raya ini dan dijadikan sebagai lokasi penempatan kaum Cina lebih 300 tahun lalu, kini antara lokasi tarikan pelanconga­n terkemuka di Terengganu.

Keunikan seni bina dan struktur bangunan lamanya masih elok dan barangan antik masih terpelihar­a menyebabka­n ramai pengunjung, terutama pelancong luar menganggap Kampung Cina menarik untuk dirakam.

Masih mengekalka­n tradisi warisan Cina, pengunjung ada pilihan untuk ke Kampung Cina, sama ada menaiki kereta, beca atau pun berjalan kaki.

Kebanyakan bangunan berusia lebih 300 tahun, termasuk penempatan dan kedai tradisiona­l di sepanjang jalan sejauh kira-kira dua kilometer itu memiliki ciri seni bina seperti di negara asal China.

Tapak Warisan Dunia

Kerajaan negeri mengekalka­n bangunan warisan yang wujud sebelum Perang Dunia Kedua bertepatan dengan warta Program Watch Monument Organisasi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menjadikan lokasi itu sebagai Tapak Warisan Dunia.

Bagi menjadikan kawasan itu tumpuan pelancong, penambahba­ikan dilakukan, termasuk menghiasi lorong dengan lukisan mural, selain mewujudkan beberapa lorong, termasuk Lorong Kenangan Payang atau Memory Lane yang memaparkan tokoh kaum Cina yang pernah memegang tampuk tertinggi kerajaan.

Di lorong itu juga, terdapat Lorong Penyu yang memaparkan pelbagai maklumat dan nasihat penjagaan penyu di sepanjang lorong.

Selain itu, ada Lorong Mesra Alam yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan hijau, manakala Lorong Warisan Dunia memaparkan maklumat mengenai pelbagai tempat menarik di seluruh dunia seperti Taj Mahal dan Machu Pichu serta Lorong Tau Kay Wee Sin Hee mengandung­i pelbagai papan tanda lama, pondok telefon lama dan lesung batu.

Pegawai Pembanguna­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Datuk Toh Chin Yaw, berkata walaupun pelbagai projek pembanguna­n sedang dilakukan berhampira­n Kampung Cina, bangunan lama akan dikekalkan.

Katanya, pelbagai insentif disediakan kerajaan negeri bagi mengekalka­n bangunan warisan yang kebanyakan­nya dibina menggunaka­n gabungan kayu dan simen.

“Antara insentif disediakan kerajaan, termasukla­h menanggung 50 peratus pembayaran bil elektrik tambahan untuk warga pusat bandar raya selama setahun, termasuk pemilik bangunan warisan di Kampung Cina.

Insentif khas kerajaan

“Insentif itu bagi menggalakk­an warga pusat bandar raya menceriaka­n kediaman dengan menambah pencahayaa­n pada waktu malam,” katanya.

Bagaimanap­un, Chin Yaw yang juga Pengerusi MCA Terengganu berkata, pembiayaan 50 peratus itu hanya sah untuk warga bandar raya yang memiliki kediaman atau bangunan dalam lingkungan satu kilometer persegi, termasuk di Kampung Cina.

“Kerajaan negeri juga bercadang mengurangk­an cukai taksiran kediaman dan bangunan warga bandar raya Kuala Terengganu, termasuk pemilik bangunan warisan di Kampung Cina sebagai galakan menceriaka­n bandar dengan mengecat semula premis mereka,” katanya.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Reka bentuk bangunan lama di Kampung Cina, Kuala Terengganu dikekalkan sebagai tarikan pelancong.
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Reka bentuk bangunan lama di Kampung Cina, Kuala Terengganu dikekalkan sebagai tarikan pelancong.
 ??  ?? Toh Chin Yaw
Toh Chin Yaw
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia