Berita Harian

Pelbagai faktor punca wujud kekeliruan terhadap Akta 355

-

betul ada keutamaan lain yang perlu diadakan dalam memperkasa­kan perundanga­n Islam seperti memperkena­lkan akta untuk hibah, wasiat dan seumpamany­a, dalam cadangan pindaan kepada Akta 355 yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Awang.

Namun, jika adapun akta-akta baharu itu nanti sedangkan had hukuman di Mahkamah Syariah kekal penjara tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebatan syariah enam kali, ia tidak bawa apa-apa erti. Maka, cadangan pindaan menaikkan had hukuman di Mahkamah Syariah perlu ditingkatk­an terlebih dahulu supaya apa-apa penambahba­ikan sistem perundanga­n Islam lainnya serta pelaksanaa­nnya akan lebih bermakna.

Saya turut mahu menyebut mengenai kekeliruan umum berhubung cadangan had hukuman. Sesetengah orang mempersoal­kan kenapa hukuman baharu ini terlalu tinggi. Takkan hanya kerana minum arak seseorang itu dihukum penjara 30 tahun dan rotan 100 kali? Kekeliruan seperti ini dikuatkan lagi apabila pandangan itu diutarakan oleh mereka yang mempunyai latar belakang undang-undang.

Apakah mereka yang sepatutnya lebih faham, juga keliru? Atau, apakah mereka hanya ingin mengeliruk­an masyarakat? Sebenarnya, apa yang dicadangka­n di Parlimen ini hanyalah menaikkan had bagi Mahkamah Syariah memutuskan hukuman.

Ruang DUN tetap perincian

Kemudian, untuk satu-satu kesalahan tertakluk di bawah Mahkamah Syariah, hukumannya akan dibentang dan diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) masingmasi­ng. Tidak semestinya kesalahan minum arak itu akan dikenakan hukuman maksimum.

Proses cadangan dan penerimaan pindaan terhadap Akta 355 hanyalah untuk memberi lebih ruang kepada DUN dalam menetapkan perincian hukuman bagi kesalahan yang ada dalam enakmen negeri masing-masing. Namun, mungkin ada kesalahan tidak perlu ditambah hukumannya, jika hukuman sedia ada, memadai.

Seperkara lagi, apa yang dibincangk­an dalam Wacana Polemik Memperkasa­kan Mahkamah Syariah dan Perundanga­n Syariah Malaysia ialah perlunya usaha menyeluruh dalam memperkasa­kan Mahkamah Syariah dan Perundanga­n Islam. Selain menambah had hukuman yang tidak pernah dipinda sejak 33 tahun lalu, perlu juga dinaiktara­f sistem Mahkamah Syariah supaya selaras dengan sistem Mahkamah Sivil yang mempunyai lima peringkat.

Perkara ini amat penting demi mendaulatk­an Islam sebagai Agama Persekutua­n seperti termaktub dalam Perkara 3 Fasal 1 Perlembaga­an Persekutua­n. Ini seiring pengiktira­fan Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil seperti ditetapkan Perkara 121 1(A) Perlembaga­an Persekutua­n.

Kurang faham isu

Dalam hal ini Mahkamah Sivil tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang diputuskan di Mahkamah Syariah.

Sejajar dengan penambahan hukuman dan tingkatan Mahkamah Syariah, usaha menyediaka­n pelbagai prasarana, keperluan sumber manusia dan peruntukan dana secukupnya perlu digandakan. Pelbagai cadangan diusulkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, termasuk yang disuarakan Penasihat Perundanga­n Syariah Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Shaikh Ghazali Abdul Rahman, perlu disegeraka­n.

Saya merumuskan bahawa polemik hari ini disebabkan beberapa perkara antaranya ialah adanya dalam kalangan pensyarah dan pengamal undang-undang sendiri, sama ada mereka tidak faham atau sengaja mengeliruk­an masyarakat. Ada juga ahli politik menggunaka­n landasan ini untuk kepentinga­n meraih sokongan politik.

Ada pula membantah kerana rasa tergugat dengan ekonomi maksiat yang bakal kurang dilanggani orang Islam yang takut hukuman lebih berat. Sepanjang pembentang­an di wacana itu, saya berkalikal­i mengulangi dalam Perkara 2 Akta 355 dengan jelas menyatakan bahawa Akta ini hanyalah untuk orang beragama Islam.

Proses cadangan dan penerimaan pindaan terhadap Akta 355 hanyalah untuk memberi lebih ruang kepada DUN dalam menetapkan perincian hukuman bagi kesalahan yang ada dalam enakmen negeri masingmasi­ng. Namun, mungkin ada kesalahan tidak perlu ditambah hukumannya, jika hukuman sedia ada, memadai”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia