Berita Harian

Diplomat ugut berhenti jika Le Pen jadi Presiden

Pemimpin National Front yakin menang dua pusingan undian

-

Duta Perancis ke Jepun berkata secara terbuka, beliau enggan berkhidmat sebagai diplomat jika Marine Le Pen dipilih sebagai presiden negara itu.

Thierry Dana mengkritik keras Le Pen dan dasar nasionalis­nya dalam satu ulasan di akhbar Le Monde.

Kritikan itu dibalas pemimpin parti National Front kelmarin, mengatakan Dana seharusnya perlu menjangka kejayaan akan datang Le Pen dalam undian presiden 23 April dan 7 Mei ini serta ‘segera meninggalk­an perkhidmat­an awam.’

Le Pen, yang mahu menarik Perancis keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dan meletakkan had kehadiran pendatang sebanyak 10,000 orang, berkongsi tempat utama dalam tinjauan terbaru dengan calon bebas haluan tengah, Emmanuel Macron.

Dana memetik ucapan Le Pen dalam akhbar Nantes 26 Februari lalu, di mana beliau mendakwa sesetengah kakitangan awam bekerjasam­a menentangn­ya dan berkata mereka boleh diambil tindakan sebaik kerajaan Sosialis ‘disingkirk­an.’

Le Pen secara khusus menyebut hakim dalam rujukan jelas siasatan rasuah pelbagai ke atas parti National Front pimpinanny­a, anggotanya dan dirinya sendiri.

Le Pen disiasat

Beliau dipanggil untuk disoal sema- lam, namun berkata tidak dapat hadir ketika kempen presiden.

Dana berkata dalam ulasannya: “Saya tidak boleh secara setia mempertaha­nkan kedudukan anda dan akan menolak untuk berkhidmat jika beliau (Le Pen) menang.”

Calon konservati­f, Francois Fillon juga berdepan dakwaan rasuah kerana menggunaka­n dana awam untuk membayar gaji isteri dan dua anaknya sebagai pembantu parlimen, namun tidak memberi mereka sebarang tugas.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Penyokong National Front mendengar kempen untuk Le Pen di Miranda.
[ FOTO AFP ] Penyokong National Front mendengar kempen untuk Le Pen di Miranda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia