Berita Harian

Gol Mkhitaryan bekalan berharga buat United

Rostov ikat anak buah Mourinho dalam aksi di padang ʻamatur’

-

Henrikh Mkhitaryan meledak gol berharga di tempat lawan untuk Manchester United pulang dari Russia dengan keputusan 1-1 pada pertemuan pertama kelompok 16 terakhir Liga Europa menentang Rostov, awal pagi semalam.

Bermain di permukaan padang yang menimbulka­n rasa tidak puas hati pengendali United, Jose Mourinho, sebelum perlawanan, Mkhitaryan membuka jaringan 10 minit sebelum tamat babak pertama.

Bagaimanap­un, tuan rumah kembali menyamakan kedudukan menerusi Aleksandr Bukharov pada minit ke-53 di stadium Olimp 2 untuk mengimbang­i peluang Rostov menjelang aksi timbal balik di Old Trafford minggu depan.

Sebelum perlawanan, United merungut berkenaan permukaan padang serta menyatakan kerisauan tentang keselamata­n penyokong mereka yang mungkin akan menjadi sasaran samseng bola sepak Russia.

Lebar rekod

Bagaimanap­un perkara sebaliknya berlaku apabila lebih 200 penyokong United disambut baik penyokong tempatan dan tiada insiden buruk terjadi.

“Ia persembaha­n yang baik pada keadaan sebegini. Mustahil untuk bermain lebih baik, mustahil untuk melakukan banyak hantaran,” kata Mourinho.

“Kami bermain mengikut kehendak permainan dan kami bermain dengan baik. Kami cuma melakukan satu kesilapan ketika bertahan.

“Saya teringat perlawanan sebegini ketika zaman kanakkanak di Portugal - bukan liga dan di padang amatur. Melihat pemain saya menyesuaik­an diri dan bergelut merebut setiap bola menggembir­akan saya.”

Keputusan itu melebarkan rekod tanpa kalah United kepada 10 perlawanan dalam semua pertanding­an.

 ??  ?? Henrikh Mkhitaryan ledak gol ketika menentang Rostov. United dan Rostov seri 1-1.
Henrikh Mkhitaryan ledak gol ketika menentang Rostov. United dan Rostov seri 1-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia