Berita Harian

The Reds ghairah, tapi waspada

Wijnaldum gesa Liverpool jelmakan aksi konsisten jumpa Burnley

-

Wijnaldum menggesa rakan sepasukan menjelmaka­n aksi seperti ketika menentang Arsenal apabila turun melayan Burnley tengah malam esok bagi mencerahka­n peluang Liverpool melangkah ke saingan Liga Juara-juara.

Arsenal dan Burnley mungkin lawan yang dapat menggambar­kan kempen sebenar Liverpool, di mana Ogos lalu anak buah Jurgen Klopp menumpaska­n Arsenal seminggu sebelum ditewaskan di Turf Moor.

Prestasi Liverpool dilihat mengagumka­n, mengumpul 19 mata daripada sembilan perlawanan menentang pasukan di kelompok enam terbaik namun gagal meneruskan rentak konsisten apabila berdepan pasukan pertengaha­n.

Biarpun minggu lalu menemui tonik diinginkan dengan menewaskan barisan Arsene Wenger 3-1 untuk mencerahka­n peluang berada dalam kelompok empat teratas, Wijnaldum sentiasa sedar The Reds mungkin dikecewaka­n lagi.

100 peratus

Sebagai langkah berwaspada, pemain kebangsaan Belanda itu mahu Liverpool mengekalka­n rentak dengan memperagak­an prestasi sama ketika melayan kunjungan anak buah Sean Dyche ke Anfield.

“Kami perlu membawa keinginan sama seperti mana ditunjukka­n ketika menentang pasukan besar,” kata Wijnaldum.

“Sama sekali tidak boleh dijamin yang perlawanan seterusnya akan menjadi mudah. Kamu perlu berusaha gigih, memberikan 100 peratus dan bersaing untuk mendapatka­n mata.

“Kami harus mempunyai tumpuan sama seperti sekarang ini apabila menentang pasukan besar, kalau tidak ia akan menjadi sukar.

“Kami mahu menjadikan ia lebih mudah sekiranya kami dapat lakukannya sama seperti itu ketika menentang pasukan kecil.”

 ??  ?? Aksi Georginio Wijnaldum (kanan) ledak gol ketika menentang Arsenal di Stadium Anfield pada 4 Mac lalu.
Aksi Georginio Wijnaldum (kanan) ledak gol ketika menentang Arsenal di Stadium Anfield pada 4 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia