Berita Harian

Guardiola pening pilih pemain temu Middlesbro­ugh

-

Middlesbro­ugh: Pep Guardiola berdepan masalah memilih pemain bagi saingan suku akhir Piala FA di Middlesbro­ugh hari ini, ketika pengurus Manchester City itu mula memikirkan keperluan bersaing dalam dua kejohanan untuk mendapatka­n mahkota.

Guardiola mesti memutuskan berapa ramai pemain terbaik Manchester City perlu digunakan bagi saingan di Stadium Riverside ketika mereka akan melalui saingan penting pusingan kedua kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juarajuara menentang Monaco empat hari kemudian.

Piala FA menawarkan prospek lebih realistik untuk trofi pertama Guardiola bersama Manchester City, tetapi kejayaan pengendali dari Sepanyol itu di Eropah adalah faktor utama dalam keputusan membawanya ke Manchester tahun lalu.

Bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu akan mendapati kemahirann­ya akan diuji ke tahap tertinggi yang akan menjadi minggu penentu kepada musim The Citizens.

Usaha terbaharu Guardiola untuk menukar skuad gagal, apabila memutuskan untuk bermain dalam Liga Perdana pada Rabu di laman sendiri menentang Stoke City tanpa dua pemain paling kreatif miliknya.

Zabaleta mungkin turun

David Silva diletakkan sebagai pemain simpanan dan Raheem Sterling direhatkan ketika City seri 0-0, menyebabka­n mereka ketinggala­n 10 mata di belakang pendahulu Chelsea.

Guardiola merehatkan pemain pada setiap Piala FA diharungi City setakat ini, tetapi sudah tampak tanda dia semakin serius dalam kejohanan itu.

Selepas melakukan lapan pertukaran ketika seri tanpa jaringan pada pusingan kelima di Huddersfie­ld bulan lalu, dia melakukan hanya empat pertukaran untuk perlawanan semula, yang dimenangi City 5-1.

Claudio Bravo, yang kini menjadi penjaga gol pilihan kedua untuk saingan liga, kembali untuk dua perlawanan terakhir Piala FA dan sepatutnya akan kembali bermain di Stadium Riverside manakala pertahanan Pablo Zabaleta juga mungkin digunakan dalam kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia