Berita Harian

Al Amin sedia terajui BAM

Sudah sedia galas tanggungja­wab sebagai presiden

- Oleh Jumiati Rosly

Tan Sri Al Amin Abd Majid menawarkan diri untuk menggalas tanggungja­wab mengetuai pucuk pimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, April ini.

Beliau yang pernah menolak cadangan ramai untuk mengisi jawatan nombor satu persatuan itu sebelum ini berkata, kali ini beliau cukup bersedia untuk bertanding, berbanding empat tahun lalu yang terikat dengan komitmen urusan perniagaan dan jawatan lain.

“Empat tahun lalu, saya men- dapat banyak pandangan supaya menawarkan diri sebagai presiden. Namun, ketika itu saya rasakan masih belum bersedia kerana banyak urusan perniagaan dan jawatan lain yang mana saya tidak boleh memberi tumpuan sewajarnya sekiranya dipilih sebagai presiden.

“Selepas tempoh itu, saya rasa ini adalah masa yang sesuai sekiranya saya mendapat sokongan daripada ahli majlis, saya ingin menawarkan diri.

“Sekarang ini sekiranya ahli majlis ingin mencadangk­an saya, saya merasakan sudah cukup bersedia dan sudah tentu ini adalah cabaran yang lebih besar,” katanya dalam satu temubual eksklusif dengan BH Sukan di pejabatnya, kelmarin.

Serah kepada ahli majlis

Beliau yang kini memangku tugas Presiden BAM sejak Oktober 2015, berkata sebagai presiden banyak tugas yang perlu digalas terutama sekali dalam pembuatan dasar.

Sebagai seorang yang berpengala­man dalam BAM dengan pernah memegang pelbagai jawatan Timbalan Presiden BAM termasuk Setiausaha Kehormat, Pengerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Timbalan Presiden BAM, Al Amin dijangka tidak berdepan masalah untuk memikul tanggungja­wab besar itu.

Namun, laluannya untuk mengisi kekosongan jawatan presiden yang ditinggalk­an Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Arif itu dikatakan tidak mudah kerana akan dicabar Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang turut berminat untuk bertanding.

Ditanya mengenai pendedahan Tengku Mahaleel mengenai kewujudan Gentlemen's Agreement yang menamakan Norza sebagai penggantin­ya pada pemilihan penggal yang baharu, Al Amin berkata, beliau menyerahka­n segala keputusan di tangan ahli majlis menentukan calon yang terbaik pada pemilihan nanti.

“Kita serahkan keputusan kepada ahli majlis dan kita harus menerima apa juga keputusan. Saya sudah tentu akan menerima jika saya dicalonkan dan seterusnya sekiranya saya layak atau pun sebaliknya," katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia