Berita Harian

Pertembung­an bakat lawan fizikal

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Pertemuan Malaysia dan Mesir pada aksi separuh akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL2) petang ini dirumuskan pertembung­an antara bakat melawan kekuatan fizikal.

Perancang tengah negara, Joel Van Huizen berkata, walaupun skuad negara dijangka tiada masalah menempah tiket ke pentas akhir WHL2, mereka tetap perlu berhati-hati dengan corak permainan Mesir yang lebih menumpukan perhatian terhadap gaya permainan fizikal.

“Memang kami tidak begitu bimbang untuk bertemu mereka, tetapi perlu berwaspada kerana segala-galanya boleh terjadi pada aksi kalah mati.

“Malah, kami menjangkak­an aksi fizikal daripada Mesir, jadi kami perlu menggunaka­n kelebihan kami (bakat) untuk mengatasi lawan,” katanya yang sudah membuat 30 penampilan untuk negara.

Ditanya kesilapan keputusan pengadil melayangka­n kad merah ke atas pemain lawan sewaktu Malaysia menumpaska­n Sri Lanka 5-2 kelmarin, Joel berkata: “Pemain Sri Lanka itu tidak seharusnya mendapat kad merah.

Cuaca amat panas

“Pengadil membuat kesilapan dan pemain itu sebenarnya tidak mengasari saya. Sebenarnya saya yang ‘tumbang’ sendirian kerana cuaca amat panas. Namun, nasib baik baik kad merah itu ditarik balik.”

Di atas kertas, kelebihan memihak kepada skuad kendalian Stephen Van Huizen yang menghuni ranking ke-13 dunia dan memiliki reputasi sebagai pasukan pilihan kali ini berbanding Mesir yang berada di kedudukan ke-20.

Bagaimanap­un, harus diingat pasukan bimbingan Mohamed Hossam itu belum pernah tewas pada saingan ini bermula dengan menundukka­n Sri Lanka 6-2, diikuti terikat bersama China 2-2 dan Ghana 1-1 (aksi kumpulan) sebelum melanyak Bangladesh 5-1 pada aksi suku akhir, kelmarin.

Sekiranya skuad negara berjaya menjinakka­n Mesir hari ini, Malaysia Tigers bukan saja layak ke final, malah secara automatik akan beraksi di Separuh Akhir WHL yang menjadi pusingan kelayakan terakhir ke Piala Dunia London 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia