Berita Harian

Kedah kekal fokus, Perak berhati-hati

Helang Merah waspada ancaman Bos Gaurus dalam aksi kalah mati

- Oleh Izzali Ismail dan Azizan Hashim

Ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe mengingatk­an pemainnya terus fokus sehingga saat akhir dan tidak melakukan kesilapan mudah ketika turun menentang Perak dalam aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Perak, malam ini.

Beliau berkata, misi Kedah malam ini adalah untuk meraih kemenangan, lebih-lebih beraksi di laman dan di hadapan penyokong sendiri.

“Aura Piala FA agak berlainan kerana dalam perlawanan kalah mati sering berlaku kejutan. Oleh itu, saya harap pemain sentiasa berwaspada sepanjang perlawanan dan tidak melakukan kesilapan mudah,” katanya semalam.

Ditanya mengenai kecederaan yang dialami pemain tonggak, Cheng Hoe berkata, beliau belum dapat memastikan sama ada Baddrol Bakhtiar, Farhan Roslan, Syafiq Ahmad dan Fakri Saarani dapat diturunkan atau tidak pada aksi malam ini.

“Mereka masih dalam proses pemulihan dan yang penting pemain yang mengambil tempat mereka dapat menggalas tugas di bahagian tengah dengan penuh yakin,” katanya.

Kedah pasukan hebat Di Ipoh,

kapten Perak, Muhammad Shahrom Kalam mengakui tugas berat dihadapi The Bos Gaurus dalam aksi pusingan ketiga Piala FA, malam ini kerana terpaksa berdepan pasukan hebat, Kedah.

“Kedah adalah pasukan paling lengkap dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Jika tidak masakan mereka HARI INI Std Tuanku Syed Putra, 4.15ptg Std Likas, 8.15mlm Std Tan Sri Hassan Yunos, 9mlm Std Perak, Ipoh, 9mlm Std TAR, Paroi, 9mlm Std Sultan Ismail Nasiruddin, 9mlm berupaya menghuni kedudukan teratas Liga Super serta pasukan tunggal belum pernah kalah.

“Kami bukan bertemu pasukan sembaranga­n sebaliknya sebuah pasukan yang sudah bermain bersama selama tiga tahun termasuk dua import berkualiti, Sandro Da Silva dan Liridon Krasnigi,” katanya.

Namun, Shahrom yakin pemain The Bos Gaurus juga semakin menemui sentuhan dan percaya satu pertarunga­n sengit bakal berlaku malam ini.

Pemain itu yang bersama lima lagi dari Perak dipanggil menyertai pasukan Harimau Malaysia bimbingan Datuk Ong Kim Swee menyifatka­n kejayaan itu melonjak semangat dirinya serta rakan sepasukan, Nazrul Naim Che Hashim, Shahrul Mohd Saad, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, Nasir Basharuddi­n dan Hafizul Hakim.

Berdasarka­n rekod pertemuan Kedah dan Perak dalam aksi Liga Super tahun lalu menyaksika­n kedua-dua pasukan seri 0-0 ketika aksi di Stadium Perak manakala di Stadium Darul Aman, Helang Merah membenam The Bos Gaurus 3-1.

 ?? [ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR / BH ] ?? Pemain Kedah diingatkan tidak melakukan kesilapan mudah ketika turun menentang Perak, malam ini.
[ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR / BH ] Pemain Kedah diingatkan tidak melakukan kesilapan mudah ketika turun menentang Perak, malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia